awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja landasan maut dirempuh tren ERL

Bernama
Bernama
14/03/2013
10:51 MYT
Pekerja landasan maut  dirempuh tren ERL
Seorang pekerja penyelenggaraan landasan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) maut manakala seorang lagi cedera parah dirempuh tren ERL di KM9.2 arah Selatan (ke KLIA) berhampiran Stesen Bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata N.Muniandy, 36, maut dalam kejadian pukul 11.10 pagi ketika melakukan kerja penyelenggaraan landasan bersama rakannya Ahmad Khusairi Kamarul Baharin, 37.
"Muniandy yang berasal dari Temerloh, Pahang mati di tempat kejadian manakala rakannya, Ahmad Khusairi yang cedera di bahu dan perut dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 11.37 pagi, namun kedua-dua mangsa telahpun dibawa oleh ambulan.
Sementara itu, jurucakap ERL berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Express Rail Link Sdn Bhd (ERL)
#kemalangan
#Mohan Singh Tara Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan