SABAK BERNAM: Lebih 100 pekerja pembersihan dari 19 sekolah di sekitar daerah ini memohon Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam membantu menyelesaikan masalah gaji mereka yang tertunggak sejak November tahun lepas.
Susulan itu, satu surat tuntutan telah diserahkan kepada PPD Sabak Bernam supaya pihak tersebut dapat mengambil langkah yang sewajarnya kepada dua syarikat pembersihan terbabit iaitu As Rezeki Resources dan Panggilan Efektik Enterprises yang gagal membayar gaji mereka sejak tiga bulan lepas.
Jurucakap PPD Sabak Bernam mengesahkan menerima surat tersebut dan akan menelitinya.
Turut hadir ketika penyerahan surat tersebut, Penyelaras Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) S. Koyilvani yang berkata pihaknya menerima aduan daripada pekerja terbabit mendakwa mereka terpaksa meminjam dan membuat kerja-kerja lain bagi menampung kos kehidupan seharian disebabkan gaji tidak dibayar.
"Mengikut Akta Kerja 1955, gaji seseorang pekerja seharusnya diterima setiap bulan sebelum 7 hari bulan tetapi sudah tiga bulan mereka bekerja tanpa dibayar gaji.
"Kami menyeru supaya kedua-dua syarikat pembersihan disenaraihitamkan selepas penjelasan gaji pekerja berkenaan dan membuat lantikan syarikat pembersihan yang baharu untuk menjaga kebajikan pekerja," katanya ketika ditemui media di pekarangan PPD tersebut.
Sementara itu, seorang pekerja pembersihan yang mahu dikenali sebagai Pak Din, 56, berkata ekoran sudah tiga bulan tidak bergaji, beliau terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengambil upah menebas dan menjadi tukang rumah.
"Saya terpaksa mencari inisiatif lain bagi menampung perbelanjaan seharian, cukai jalan motor juga sudah dua bulan tertunggak. Bil-bil lain juga tertunggak. Tiada siapa boleh tahan jika kena begini, mahu makan pun perlu dicatu," katanya.
Seorang lagi pekerja yang mahu dikenali sebagai Kak Fizah, 42, merayu pihak PPD menyelesaikan permasalahan tersebut dan mengambil tidakan segera memandangkan beliau merupakan seorang ibu tunggal yang menanggung empat orang anak.
"Nasib baik ada cikgu-cikgu dan kakitangan sekolah yang membantu. Tapi, sampai bila nak mengharapkan belas ihsan orang lain?" katanya dengan nada sebak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Sebahagian pekerja pembersihan yang trlibat dalam isu itu terpaksa mengambil upah melakukan kerja lain bagi melunaskan pelbagai bil yang tertunggak. - Foto: Facebook Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan - JPKK
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
KL Rovers untuk dijual
Dana yang diperoleh hasil jualan KL Rovers mampu membiayai keperluan untuk membayar tunggakan gaji yang dialami KL City FC.
Masalah kewangan KDA FC, Mohd Daud janji lunas tunggakan gaji
Pemilik pasukan Kedah Darul Aman FC mengesahkan pasukan itu sedang berhadapan masalah kewangan yang menyebabkan bayaran gaji tertunggak.
Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.
Pekerja pembersihan minta PPD Sabak Bernam bantu selesaikan isu tunggakan gaji
Satu surat tuntutan telah diserahkan kepada PPD Sabak Bernam supaya pihak tersebut dapat mengambil langkah yang sewajarnya.
Perselisihan faham punca pemain boikot sesi latihan - CEO Perak FC
Bagaimanapun, perkara itu telah diselesaikan dalam perbincangan bersama kesemua pemain dan mereka meminta maaf selain berjanji tidak akan mengulanginya.
Kelantan bakal terima pemilik baru
Kesanggupan syarikat anak watan, Zamburger, untuk menjadi penaja utama pasukan itu diharapkan dapat menamatkan zaman kejatuhan skuad The Red Warriors berkenaan.
Kakitangan Utusan Melayu adakan piket tuntut gaji tertunggak tiga bulan
Lebih 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin.
Kami akan tetap tuntut gaji - Safee Sali
Safee dan rakan-rakannya tetap menuntut hak mereka kerana mahukan pengurusan setiap pasukan menghormati kontrak yang sudah ditandatangani bersama pemain.