Seorang pekerja warga Bangladesh maut dihempap besi pembinaan yang tercampak ketika melakukan kerja penyambungan besi di Pusat Perindustrian Batu 29, Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu, semalam.
Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Rosdi Shafie berkata Shahadat Kabir, 29, sedang melakukan kerja penyambungan besi sepanjang kira-kira 10 meter menggunakan mesin sebelum besi itu terpelanting dan menghempapnya.
"Dua rakan Shahadat yang berada bersamanya sempat menyelamatkan diri namun mangsa yang cedera parah di kepala dan patah kaki serta tangan disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Selayang di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Rosdi berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 12.30 tengah hari.
Beliau berkata besi serta serpihan struktur bangunan yang rosak sedikit telah dialihkan dan lokasi kejadian disahkan selamat.
Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat. - Bernama
Bernama
Tue Nov 01 2016
Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat. - Gambar hiasan
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Buruh asing maut, empat cedera dihempap besi konkrit
Ketua Pusat Gerakan Operasi, JBPM Selangor, Mohd Nurizwan Basri berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.28 pagi tadi.
Pekerja warga Bangladesh maut dihempap besi di Ulu Yam
Seorang pekerja warga Bangladesh maut dihempap besi pembinaan yang tercampak ketika melakukan kerja penyambungan besi di Pusat Perindustrian Batu 29, Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu pada Selasa.