awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja warga Indonesia rentung dalam kebakaran

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2014
11:53 MYT
Pekerja warga Indonesia rentung dalam kebakaran
Seorang pekerja binaan warga Indonesia rentung dalam satu kebakaran yang berlaku di bangunan blok baru dalam pembinaan di Hospital Umum Sarawak, Kuching petang tadi.
Mangsa yang masih belum dikenali dikatakan sedang bekerja bersama beberapa lagi pekerja di blok bangunan tersebut ketika kejadian itu berlaku.
Jurucakap bomba memberitahu mereka menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.02 petang dan lapan anggota, sebuah jentera dan tiga motorsikal dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang telah dikerah ke tempat kejadian.
“Kebakaran dipercayai melibatkan longgokan sisa sampah dari pembinaan di dalam kawasan tingkat 1 bangunan tersebut dan ianya bagaimanapun tidak melibatkan kerosakan pada struktur bangunan,” kata jurucakap tersebut.
Siasatan awal pihak bomba mendapati bahawa kejadian kebakaran itu bermula daripada percikan api dari mesin kimpalan yang sedang digunakan oleh pekerja di kawasan tersebut.
Difahamkan, percikan api tersebut menyambar longgokan sampah dan seorang pekerja di tempat binaan tersebut.
“Untuk langkah keselamatan, 151 orang melibatkan enam wad kanak-kanak dan dua wad umum dewasa telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat,”.
Topic Berkaitan
#Hospital Umum Kuching
#kebakaran
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan