awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabuhan Kuantan diarah segera bersihkan lambakan bauksit - Wan Junaidi

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
06/01/2016
07:14 MYT
Pelabuhan Kuantan diarah segera bersihkan lambakan bauksit - Wan Junaidi
Menurut Wan Junaidi, bermula 15 Januari, semua perlombongan bauksit akan dihentikan sementara tindakan pengawalan diuruskan. - Gambar fail
Pihak Pelabuhan Kuantan telah diberi tempoh satu bulan untuk membersihkan lambakan bauksit yang berada dalam simpanan.
Jika gagal, Approved Permits (AP) atau permit kelulusan tidak akan diberikan kepada pihak yang mengelola simpanan bauksit di pelabuhan untuk menjalankan operasi penyimpanan mineral itu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Tindakan ini merupakan sebahagian daripada keputusan Kabinet untuk mengenakan moratorium selama 3 bulan ke atas aktiviti berkaitan bauksit, "jelas beliau.
Tambah beliau, bermula 15 Januari, semua aktiviti perlombongan bauksit akan dihentikan sementara tindakan pengawalan diuruskan pihak berkuasa.
"Selepas ini, AP hanya akan diberikan berdasarkan kapasiti pelabuhan untuk menyimpan bauksit," kata Dr Wan Junaidi.
Isu perlombongan bauksit di Kuantan mendapat perhatian pihak media sejak tahun lepas.
Namun, sejak air laut di Pelabuhan Kuantan menjadi merah disebabkan perlombongan bauksit, lebih besar tumpuan diberikan ke atas isu tersebut. BACA: Terdedah debu bauksit dalam tempoh lama boleh sebabkan Alzheimer - Pakar
Laporan media menyatakan stok simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan yang tidak diuruskan dengan baik dikatakan menjadi punca air laut menjadi merah di sekitar Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam di daerah itu , baru-baru ini.
Sidang media itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#bauksit
#Pelabuhan Kuantan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan