awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur ASB dinasihat semak semula kadar pembiayaan - ASNB

Bernama
Bernama
02/09/2020
12:50 MYT
Pelabur ASB dinasihat semak semula kadar pembiayaan - ASNB
Peminjam berpeluang menerima kadar pembiayaan yang lebih rendah kerana penurunan OPR memberi kesan kepada kadar asas dan kadar pembiayaan asas.
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) menasihatkan pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang mengambil pembiayaan ASB untuk menghubungi bank masing-masing bagi menerima kadar pembiayaan yang lebih rendah, selaras dengan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam satu kenyataan, ASNB menjelaskan bahawa peminjam berpeluang menerima kadar pembiayaan yang lebih rendah kerana penurunan OPR memberi kesan kepada kadar asas dan kadar pembiayaan asas yang menentukan kadar pembiayaan ASB yang dikenakan oleh pihak bank.
"ASNB telah mewujudkan pusat khidmat nasihat pembiayaan ASB yang boleh dihubungi mulai hari ini melalui Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 bagi membantu pelabur yang mengambil Pembiayaan ASB menyemak semula strategi dan struktur pembiayaan mereka," katanya.
BACA: Ini dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 hingga 2019
Secara keseluruhan, OPR yang telah diturunkan oleh BNM pada 2020 adalah sebanyak 1.25 peratus dengan pengurangan OPR sebanyak 4 kali pada tahun ini, iaitu pada Januari, Mac, Mei dan yang terbaharu pada 7 Julai yang lalu.
"OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan, kini berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu sebanyak 1.75 peratus. OPR telah diturunkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk terus merangsang pertumbuhan ekonomi negara berikutan kesan negatif COVID-19 kepada persekitaran ekonomi global," ASNB menambah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASB
#ASNB
#Bank Negara Malaysia
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan