Pelabur asing berpeluang meraih manfaat yang amat besar melabur di Malaysia dengan menggunakan negara ini sebagai pintu masuk strategik bagi memanfaatkan potensi besar daripada penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pelabur asing perlu 'memikirkan Malaysia bukan sahaja sebagai destinasinya sendiri, tetapi juga pintu masuk ke ASEAN'.
Berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia di Expo Milano 2015, di sini, pada Sabtu, beliau berkata sebagai satu pasaran tunggal, ASEAN merupakan ekonomi ke-7 terbesar di dunia dengan pasaran pengguna berjumlah 625 juta penduduk dan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) lebih US$2 trilion.
Majlis anjuran Expo Milano itu juga dihadiri Menteri Alam Sekitar, Darat dan Laut Itali, Gian Luca Galletti.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut menghadiri majlis itu.
Malaysia merupakan sebuah daripada 147 negara yang menyertai pameran terbesar dunia berlangsung selama enam bulan itu yang diadakan lima tahun sekali.
Ekspo tersebut yang bermula pada 1 Mei akan berakhir pada 30 Okt.
Sementara itu Najib, yang juga Pengerusi ASEAN berkata:"Ekonomi-ekonomi ASEAN mencatatkan purata pertumbuhan tahunan lebih daripada lima peratus dan pendapatan per kapita pada purata US$3,800, membawa kepada pengembangan kelas pertengahan dengan peningkatan pendapatan boleh guna.
Beliau berkata ASEAN sudahpun menjadi tumpuan bagi pelaburan langsung asing dan merupakan pemacu ekonomi sedang pesat membangun bagi ekonomi global hari ini.
"Tetapi dianggarkan sekiranya perdagangan antara ASEAN melonjak daripada 24 peratus kepada 40 peratus, kesan kenaikan itu ke atas ekonomi ASEAN boleh jadi kira-kira US$2.5 trilion setahun – satu pengembangan yang benar-benar luar biasa," kata Najib yang berada di sini sempena lawatan kerja selama tiga hari bermula Jumaat.
Beliau berkata perkumpulan serantau itu bakal menubuhkan AEC pada akhir tahun ini.
"Dan ia bertujuan untuk mewujudkan satu pasaran tunggal dan asas pengeluaran di ASEAN, dengan wawasan yang lebih besar bagi menyepadukan lagi ekonomi rantau ini yang saiz penduduknya, gabungan KDNK dan aspirasi yang dikongsi bersama akan mewujudkan satu entiti yang berupaya bersaing dengan ekonomi terbesar dunia," katanya.
Beliau berkata AEC, bersama rangkaian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN dengan rakan dialog seperti China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand, berfungsi sebagai insentif tokokan bagi perniagaan untuk melabur di Malaysia.
"Prospek pertumbuhan malahan menjadi lebih menarik apabila Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dan kemungkinan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik kini semakin hampir dimuktamadkan.
"Kedua-dua perjanjian ini akan mengukuhkan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran yang malahan lebih besar dan cergas," katanya yang mempunyai jadual padat hari ini termasuk menghadiri persidangan meja bulat dengan ketua-ketua industri Itali.
Najib berkata Malaysia menyambut baik hubungan rapat dengan Itali dan Kesatuan Eropah sama ada menerusi hubungan rakyat kepada rakyat atau dalam perdagangan dan pelaburan.
Terdahulu Perdana Menteri melawat pavilion Emiriah Arab Bersatu, Kazakhstan dan Itali di ekspo tersebut dan akan melancarkan Festival Makanan Malaysia di Pavilion Malaysia malam ini.
Bernama
Sat Oct 03 2015
Najib (gambar) berkata pelabur asing perlu 'memikirkan Malaysia bukan sahaja sebagai destinasinya sendiri, tetapi juga pintu masuk ke ASEAN.' -fotoBERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
ASEAN perlu wujudkan tawaran unik untuk jadi blok keempat ekonomi global
ASEAN kini berada di kedudukan kelima dan blok ini perlu memanfaatkan jumlah populasinya sekitar 680 juta orang.
'The Sandbox', rancangan realiti TV biayasama pertama di Malaysia
12 pasukan usahawan berwawasan bersaing merebut geran perniagaan bernilai RM1 juta untuk merealisasikan bisnes impian mereka.
Perlu wujud pembaharuan selepas pasca COVID-19 - Noor Azlan
AEC telah mengenal pasti pelan dan elemen jangka panjang yang perlu diperhatikan.
Pendigitalan pacu pemulihan ekonomi ASEAN pasca COVID-19
Pemulihan ekonomi pasca pandemik di rantau ini menjadi agenda utama dan telah dibincangkan dengan meluas di peringkat Pemimpin ASEAN dan Menteri Ekonomi ASEAN.
Blok serantau ASEAN perlu ambil peluang daripada kepimpinan Dr Mahathir
Beliau berkata berdasarkan persamaan dalam kalangan negara anggota, ia seharusnya menjadi lebih mudah untuk mereka bekerjasama; dan adanya Dr Mahathir akan memberikan panduan kepada blok itu.
Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari
Wakil pembangkang juga sudah diberi peluang untuk muncul di televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta.
Singapore fines 5 electronics firms in biggest anti-competition penalty
Singapore fined five electronics parts makers a total of US$14.7 million for price-fixing and other cartel activities, the biggest anti-competition penalty in the city-state.
Pelaburan China dalam pembangunan infrastruktur beri manfaat kepada AEC
Pelaburan China dalam pembangunan infrastruktur memberi manfaat kepada pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) memandangkan kesalinghubungan yang lebih baik adalah pemacu utama pertumbuhannya.
ASEAN - Integriti Dialog
Menghayati nilai-nilai sejagat seperti agama, perilaku dan budaya adalah fokus utama Dialog Integriti ASEAN 2017 (AID 2017) anjuran Institut Integriti Malaysia (Integriti), Khamis ini.
ASEAN 'tanah subur' untuk inovasi - Kajian
Global Entrepreneurship Monitor (GEM), mendapati ASEAN amat sesuai untuk keusahawanan yang dipacu oleh inovasi.