KOTA BHARU: Seorang pelajar berusia 14 tahun tampil membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis.
Bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2022 itu dibuat oleh Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.
Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya yang merupakan pengasas produk pemakanan Bebycurf berkata, dia terkejut mampu mencapai jualan sebanyak RM400,000 sejak berada di pasaran pada September tahun lalu.
"Sepanjang empat bulan, produk saya sudah mencecah jualan sebanyak itu (RM400,000)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Menurut Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya, melihat kepada nilai jualan, ibunya, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayahnya, Mustaman Che Yusof memberi nasihat supaya menunaikan tanggungjawab dengan mengeluarkan zakat.
Ujarnya, tanpa berlengah dia terus berbuat demikian dengan melaksanakan salah satu Rukun Islam iaitu berzakat dengan MAIK.
"Alhamdulillah, saya lega dapat berbuat demikian dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan," katanya.
Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya memberitahu, dia tidak menyangka perniagaan yang bermula di TikTok itu mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Dia berterima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan penuh kepada produk keluarannya itu.
Sementara itu, Bibi Hasnalinda berkata, beliau terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya itu untuk berzakat.
Ujarnya, beliau berharap usaha tersebut dapat menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama berzakat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 26 2023

Putri Mumtaz yang merupakan pengasas produk pemakanan Bebycurf berkata, dia terkejut mampu mencapai jualan sebanyak RM400,000 sejak berada di pasaran pada September tahun lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Niaga AWANI: PMKS: Siap siaga adaptasi ESG, penuhi keperluan agenda kelestarian global
Menurut pakar, tahap kesedaran asas PKS tempatan terhadap keperluan ESG masih rendah. Rangka kerja i-ESG bertindak sebagai panduan bagi mendepani permintaan pelanggan luar negara.
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Megawati bertemu Anwar bincang mengenai ibu negara Nusantara
Bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, pada Selasa, untuk membincangkan pembangunan projek Nusantara, ibu negara Indonesia.
Niaga AWANI: Sarawak komited jadi peneraju ekonomi digital
Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 menetapkan bagaimana Sarawak akan menjamin masa depannya sebagai kuasa ekonomi digital dan masyarakat berteknologi dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Niaga AWANI: Indeks Bursa Malaysia dibuka 2.10 mata lebih rendah
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sedikit lemah pada Rabu mengambil petunjuk daripada turun naik semalaman di Wall Street dengan indeks utamanya turun 0.29 peratus.
Niaga AWANI: Kerajaan jimat sekitar RM9 bil setahun
Kerajaan memberi bayangan pasaran akan teruja dengan Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan pada 13 Oktober depan.
Niaga AWANI: Import minyak masak merosot 19 peratus pada Sept
India membeli minyak sawit terutamanya dari Indonesia, Malaysia dan Thailand.
15 perwakilan Malaysia ke luar negara terima watikah
Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara.

Sindiket palsukan dokumen untuk pinjaman bank tumpas, 10 ditahan
Polis menahan empat lelaki dan enam wanita yang disyaki menganggotai satu sindiket pemalsuan dokumen permohonan pinjaman bank, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Gombak, Setapak, semalam.

Dicaj RM1,260, isteri Mawi terkejut harga makanan 'cekik darah'
Isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah medan selera di Johor Bahru (JB).

Pelajar 14 tahun bayar zakat perniagaan RM10,000
Seorang pelajar berusia 14 tahun tampil membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada Khamis.