Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Pelajar berdepan masalah kewangan diminta hubungi IPTA, KPT segera - Zambry

KUALA LUMPUR, 17 Mei -- Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bercakap pada sesi temu bual eksklusif bersama Bernama di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini._BERNAMA
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perkara paling penting adalah memastikan pelajar terbabit mendaftar dan meneruskan pengajian. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) tetapi berdepan masalah kewangan diminta menghubungi institusi berkenaan atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mendapatkan bantuan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perkara paling penting adalah memastikan pelajar terbabit mendaftar dan meneruskan pengajian.

"Yang penting, anda masuk daftar dan sambung belajar," katanya dalam perkongsian di Facebooknya, di sini pada Jumaat.

Pada tahun ini, seramai 82,092 calon ditawarkan tempat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di 20 universiti awam (UA).

Jumlah itu mewakili 76.1 peratus daripada 107,875 permohonan yang diterima menerusi UPUOnline dan layak melanjutkan pengajian ke UA bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Secara keseluruhan, sebanyak 1,146 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda ditawarkan bagi sesi kali ini.

Must Watch Video

Advertisement