awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar cedera ditikam rakan dengan pisau

Sinar Harian
Sinar Harian
12/06/2024
10:12 MYT
Pelajar cedera ditikam rakan dengan pisau
Menurut polis, mangsa telah ditikam oleh suspek di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan menggunakan dua bilah pisau. -Gambar hiasan
IPOH: Seorang pelajar sebuah sekolah di bandar raya ini cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan oleh seorang rakannya menggunakan dua bilah pisau dalam kejadian pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan mengenai kejadian diterima pihak polis daripada warden asrama sekolah berkenaan pada Selasa yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dua orang pelajar berkenaan.
Menurutnya, mangsa telah ditikam oleh suspek di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan menggunakan dua bilah pisau.
"Bertindak atas maklumat pada 11 Jun 2024 lebih kurang 6 petang, pihak polis daerah Ipoh telah membuat tangkapan ke atas seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang merupakan rakan asrama bagi membantu siasatan.
"Sementara itu, mangsa yang juga berusia 16 tahun kini mendapat rawatan di Hospital Seri Botani Ipoh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Abang Zainal Abidin berkata, suspek yang direman selama empat hari sehingga 15 Jun disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.
Menurutnya, sepanjang siasatan yang dilakukan pihak polis akan turut mengambil keterangan saksi-saksi yang terlibat untuk dirakam percakapan.
Sehubungan itu, saksi yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Jagdeep Singh a/l Jaswant Singh di talian 019-4424361 hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#asrama sekolah
#pelajar ditikam
#warden asrama sekolah
#pergaduhan dua pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan