Siapa sangka, pelajar berbangsa Cina, Por Hui Ling, 11, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring di sini memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun ini yang diumumkan semalam.
Dia mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran Ulum Syariah, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Penghayatan Cara Hidup Islam , Adab, Amali Solat, Sirah dan Al-Quran.
Meskipun latar belakang keluarganya beragama Buddha, pencapaian Hui Ling itu sebenarnya umpama mengulangi kejayaan abangnya, Por Jie Hua, 14, yang mendapat 5A 3 B dalam peperiksaan sama tiga tahun lalu.
Hui Ling ketika ditemui Bernama berkata dia mula mengikuti kelas KAFA ketika berada di Tahun Dua selepas mendapat dorongan daripada kedua ibu bapanya mempelajari sesuatu yang baharu dan mengeratkan lagi persahabatan dengan rakan di sekolah.
Walaupun berdepan banyak kesukaran pada peringkat awal, dengan usaha gigih, tunjuk ajar serta bantuan guru serta rakan lain, Hua Ling berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik dan lancar.
"Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengikuti kelas KAFA tetapi ibu bapa dan abang selalu memberi galakan kerana jika pelajar Melayu boleh mempelajari Bahasa Cina dengan baik kenapa pula kami tidak boleh.
"Saya juga selalu mengajar adik bongsu (lelaki), Por Jing Yi, 6, menulis Jawi di rumah dan nampaknya dia juga berminat untuk sertai kelas KAFA dua tahun lagi kerana sekarang ini dia masih di pra-sekolah," katanya yang juga boleh membaca Al-Quran.
BACA: Amali solat UPKK 2018 catat keputusan lulus hampir 100 peratus
Hui Ling berkata ibu bapanya, Por Kim Sin, 62, dan Yeap Bee Fai, 43, pula tidak pernah menganggap perbezaan agama sebagai halangan untuk seseorang itu mempelajari mengenai agama lain.
Justeru, mereka tidak keberatan menghantar tiga anaknya mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) pada sebelah petang di sekolah bersama rakan-rakan beragama Islam yang lain untuk mengetahui sedikit sebanyak perkara mengenai agama tersebut.
"Saya pada mulanya tidak menyangka mampu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK tetapi bangga kerana dapat membuktikan keupayaan kepada keluarga yang menyokong saya," katanya.
Katanya, bahasa Arab serta tulisan Jawi adalah sesuatu yang seronok dipelajari dan tidak begitu sukar berbanding bahasa Mandarin.
"Mula-mula sahaja nampak susah tetapi selepas setahun saya dah boleh mahir menulis dan membaca Jawi dan Al-Quran sedikit-sedikit.
"Ia berbeza dengan bahasa Mandarin yang sampai sekarang saya belum mahir walaupun dah mempelajarinya selama lima tahun di sekolah.
"Oleh itu saya nasihatkan pelajar lain supaya jangan takut untuk belajar bahasa asing termasuk bahasa Arab kerana ia sebenarnya sangat seronok dan tidak menjejaskan jati diri bangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 21 2018

Por Hui Ling menunjukkan keputusan cemerlang 8A dalam UPKK ketika ditemui di Taman Desa Jaya, di Kuala Nerus, 21 Dis, 2018. --fotoBERNAMA

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui negara muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Detik syahdu ayah kendong anak berjaya hafaz al-Quran
-Aku, nanti esok kamu gendong masuk ke syurga bersamamu.-

Dulu tewas di peringkat negeri, kini johan qari tilawah kebangsaan
Episod enam tahun lepas itu sebaliknya tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyertai tilawah dengan dorongan dan doa kedua ibu bapanya.

Johan qariah hanya berlatih dalam kereta
Beliau juga tidak dapat melakukan persiapan terbaik berikutan masalah kesihatan anaknya, dua minggu sebelum pertandingan.

Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Dengan kemenangan itu kedua-duanya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji serta cenderamata dan sijil penyertaan.

Penerapan ajaran agama Islam di Johor adalah menyeluruh, meliputi segenap aspek - MB
Penerapan ajaran agama Islam di Johor adalah menyeluruh dan meliputi segenap aspek termasuk dalam pentadbiran serta pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ajaran syiah melalui aplikasi digital al-Quran akan ditangani sewajarnya - Hamzah
Terdapat aplikasi digital al-Quran yang mengandungi penyelewengan atau tafsiran yang menyimpang.

Guru al-Quran maut, tak sempat hadir konvo
Graduan Diploma Pengajian Islam Kolej Uniti Port Dickson itu dijadual menghadiri konvokesyen minggu depan.

Mashaf al-Quran Braille bantu OKU penglihatan baca kitab suci
MQBM adalah berbeza daripada al-Quran Braille versi lama yang tidak menepati Mashaf Al-Quran Rasm Uthmani.

Perdana Menteri ajak rakyat sertai World Quran Hour
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berharap acara ini mampu menaikkan imej Islam dan memupuk pembudayaan al-Quran dalam kehidupan sama ada dari segi pembacaan, penghayatan dan amalan.

Bakar Al-Quran di Sweden, Rasmus Paludan dalang di sebalik rusuhan
Paludan mewajarkan aksinya di Denmark - seperti membakar kitab suci umat Islam, kadang-kadang dibungkus dengan daging - sebagai penghormatan kepada kebebasan bersuara.