awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar dirompak, dipukul dalam perjalanan ke sekolah

Hakim Rahman
Hakim Rahman
12/07/2014
14:38 MYT
Pelajar dirompak, dipukul dalam perjalanan ke sekolah
Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dirompak dan dipukul ketika dalam perjalanan ke sekolahnya Isnin lalu.
Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dirompak dan dipukul ketika dalam perjalanan menuju ke sekolahnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang berjalan kaki menuju ke sekolahnya selepas turun dari LRT Masjid Jamek, didatangi sebuah kereta dinaiki dua lelaki dari belakang.
Mangsa kemudiannya dipukul sehingga pengsan sebelum dilarikan menaiki kereta terbabit.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, beberapa jam kemudian mangsa tersedar daripada pengsan dan mendapati dia berada di belakang sebuah bangunan tidak jauh daripada sekolahnya.
"Sebaik sedar, remaja perempuan tersebut menyedari dompet yang mengandungi wang tunai RM20 ringgit telah hilang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mangsa kemudiannya mengadu kejadian tersebut kepada guru dan keluarganya.
Tambah Zainuddin, polis percaya kejadian tersebut bermotifkan samun.
Laporan awal pemeriksaan kesihatan mendapati terdapat kecederaan akibat dipukul senjata tajam di bahagian belakang kepala mangsa.
Topic Berkaitan
#LRT Masjid Jamek
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan