Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Pelajar ditahan bantu siasatan kematian pelajar tingkatan dua di Kuala Pilah - Fadhlina

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diarah untuk menyelesaikan siasatan dalaman dengan segera berhubung kes kematian seorang pelajar sekolah menengah di sini, baru-baru ini. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata segala perkara yang menjadi kebimbangan awam termasuk berkaitan isu buli dan unsur perkauman perlu dipandang serius serta ditangani segera berasaskan fakta dan proses sewajarnya.
Fadhlina berkata aspek keselamatan dan pematuhan tatacara di sekolah turut akan diteliti secara menyeluruh di peringkat kementerian. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

SEREMBAN: Seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah semalam.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya dimaklumkan seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan. KPM (Kementerian Pendidikan) dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus.

"Seluruh warga KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya telah bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham di hospital bagi menyampaikan sendiri rasa simpati atas kehilangan yang amat menyayat hati ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadhlina berkata aspek keselamatan dan pematuhan tatacara di sekolah turut akan diteliti secara menyeluruh di peringkat kementerian.

Beliau berkata Jemaah Nazir juga telah diarahkan agar menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan.

“Tiada pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga mangsa serta warga sekolah yang terkesan akibat kejadian itu.

“Dalam saat yang sukar ini, keutamaan kita adalah keluarga Allahyarham. KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan PDRM dan memastikan kebajikan warga sekolah terus terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement