awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ditahan rakam video dalam asrama pelajar wanita

Bernama
Bernama
23/09/2016
12:46 MYT
Pelajar ditahan rakam video dalam asrama pelajar wanita
Suspek direman dua hari sebelum dibebaskan semalam dengan jaminan polis sementara menunggu hasil pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbit miliknya. - Gambar hiasan
Seorang pelajar lelaki sebuah kolej di sini ditahan kerana didapati merakam gambar video dalam asrama pelajar wanita kolej berkenaan Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pelajar berumur 20 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang penghuni asrama pelajar wanita berkenaan.
"Penghuni itu yang menyedari perbuatan tidak senonoh suspek kemudiannya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.
"Mangsa yang berada di bilik asrama bersama beberapa penghuni lain dilapor terlihat ada tangan yang memegang telefon bimbit di tingkap asrama mereka yang dipercayai sedang merakam gambar video.
"Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah menjerit dan melarikan diri serta melaporkan perkara itu kepada pihak warden asrama serta pensyarah kolej.
"Mangsa bersama pihak kolej kemudiannya membuat laporan polis manakala suspek ditahan pada hari yang sama," katanya kepada Bernama.
Mohamad Roy Suhaimi berkata pihak polis telah merampas sebuah telefon bimbit milik pelajar lelaki itu dan hasil pemeriksaan menemukan dua rakaman video sepanjang 22 saat yang dirakam di asrama berkenaan.
Turut ditemukan ialah puluhan klip video lucah, katanya.
Beliau berkata suspek direman dua hari sebelum dibebaskan semalam dengan jaminan polis sementara menunggu hasil pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbit miliknya.
Kes disiasat kerana menceroboh dan memiliki bahan lucah, katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#intai pelajar
#Mohamad Roy Suhaimi Sarif
#Rakam pelajar asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan