"Bukan setakat di Malaysia, malah kemahiran belia tanah air juga diiktiraf di peringkat antarabangsa."
Itu merupakan reaksi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengenai kemenangan yang diraih oleh kontijen Malaysia dalam meraih tiga pingat termasuk satu pingat emas dalam Global Skill Championship 2019 (GSC2019).
Rina juga mengucapkan tahniah kepada peserta yang telah berjaya memenangi acara tersebut yang berlangsung di Melbourne, Australia, sejak 9 April lalu.
"Saya ingin mengucapkan taniah kepada mereka, kerana bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia malah GiatMara juga," katanya selepas merasmikan Perayaan Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tambah beliau, setiap pertandingan yang disertai oleh pelajar khususnya pelajar GiatMara merupakan satu platform terbaik buat mereka untuk mempersembahkan kemahiran mereka bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat yang lebih tinggi.
Peserta dari GiatMara Taiping, Perak, Amir Syazwan Saridan, 21, telah berjaya meraih pingat emas bagi kategori pemasangan elektrik.
Manakala pingat perak dimenangi oleh peserta Hanafi Osman, 21, pelajar GiatMara Saratok, Sarawak bagi kategori teknologi fesyen.
GSC 2019 adalah pertandingan kemahiran peringkat dunia yang disertai 16 negara dengan mempertandingkan 24 jenis kemahiran.
Malaysia berjaya menempatkan kontinjennya dengan menyertai sebanyak 13 bidang kemahiran dan GiatMara adalah antara institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang julung kalinya berjaya menempatkan seramai empat peserta dalam pertandingan itu.
Asyraf Roslan
Tue Apr 16 2019

Datuk Seri Rina juga mengucapkan tahniah kepada peserta yang telah berjaya memenangi acara tersebut yang telah berlangsung di Melbourne, Australia, sejak 9 April lalu - Gambar FACEBOOK/@rinaharunsrikandi

Joe Biden angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.

Kamala Harris sah diangkat sebagai Naib Presiden AS
Harris, 56, diisytiharkan sebagai Naib Presiden AS yang baharu bergandingan dengan Presiden As Ke-46, Joe Biden.
![[TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46 [TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/30236132991611159914047/1886501_31570730741611160548300_640x360.jpg)
[TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46
Ikuti Nailah Huda untuk perkembangan terkini menjelang angkat sumpah Presiden AS.

Angkat sumpah Biden | Kamala Harris wajar dijadikan 'role model'
Lantikan Kamala harris sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat merupakan satu sejarah yang besar buat negara maju itu. Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim berkata, harris yang merupakan wanita pertama di amerika menyandang jawatan itu, perlu dilihat secara positif selain dijadikan contoh buat negara lain.

Angkat sumpah Harris | Orang kampung Harris kongsi keterujaan
Sebuah desa kecil di India yang dikelilingi oleh sawah-padi berkongsi keterujaan menjelang beberapa jam sebelum Kamala Harris mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat baharu. Keterujaan mereka itu kerana, kampung mereka adalah kampung halaman datuk Kamala.

Presiden AS | Trump tinggalkan White House
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggalkan White House, beberapa jam sebelum Joe Biden mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46. Trump yang turut ditemani isteri meninggalkan kediaman yang diduduki mereka sejak empat tahun lalu dengan menaik Marine One menuju ke lapangan terbang.

Angkat sumpah Biden | Joe Biden perlu tumpu isu perpaduan
Isu perpaduan di Amerika Syarikat antara perkara yang dijangka akan menjadi fokus pentadbiran Joe Biden dan Kamala Harris. Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya, Prof Dr Jatswan Singh berkata, rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini jelas membuktikan pentadbiran Trump mengakibatkan perpecahan kalangan rakyat Amerika Syarikat.

Thinaah, Tan curi tumpuan di Terbuka Thailand
Pasangan beregu wanita negara M. Thinaah dan Pearly Tan Koong Le, menewaskan pasangan nombor sembilan dunia Chang Ye Na dan Kim Hye Rin pada pusingan pertama kejohanan Toyota Terbuka Thailand.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Presiden AS | Biden dijangka tingkat hubungan pelbagai hala
Hubungan 'multi-lateral' antara negara-negara asia akan terus diperhebat di bawah pentadbiran baharu, Presiden Joe Biden dan Naib Presidennya, Kamala Harris. Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir turut menjangkakan, pentadbiran Presiden Joe Biden turut memberi fokus ke arah mengangkat semula kerjasama ekonomi dalam situasi pandemik COVID-19.

Dewan Rakyat: KPWKM sedia 5 inisiatif tangani krisis jiwa, mental ketika COVID-19
KPWKM memandang serius terhadap krisis jiwa dan mental direkodkan semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

47 mangsa banjir Kampung Labu Lanjut masih berteduh di PPS
Susulan banjir yang melanda daerah Kamupung Labu Lanjut yang masih belum reda, kira-kira 15 keluarga membabitkan 47 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara.

Tiada pihak tertinggal dalam terima bantuan - Rina Harun
Tidak ada pihak yang dilupakan atau tertinggal dalam mendapat bantuan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jelas KPWKM.

Persiapan rapi terima 55 individu dibawa pulang dari Iran - Rina
Daripada 55 individu, lapan daripadanya adalah warga Singapura dan seorang warga Indonesia.

Bajet bina rumah PPRT tidak cukup - Rina Harun
Permohonan diterima hampir 35,000 pada tahun 2018, PKLB hanya mampu sediakan 10,000 unit sahaja termasuk baik pulih dan bina baharu.

Pendidik MARA dipastikan bertaraf antarabangsa
MARA memperuntukkan RM56 juta pada tahun ini bagi tujuan latihan dan pembangunan kompetensi tenaga kerja MARA, terutamanya warga pendidik.

Pelajar GiatMara berjaya harumkan nama Malaysia di Global Skill Championship 2019
Pelajar Malaysia berjaya harumkan nama negara dalam pertandingan lobal Skill Championship 2019 ( GSC2019 ).