awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar ikuti PdPR di bangsal usang: Kerajaan Terengganu, SKMM naik taraf capaian Internet

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
03/02/2021
10:25 MYT
Pelajar ikuti PdPR di bangsal usang: Kerajaan Terengganu, SKMM naik taraf capaian Internet
Masalah rangkaian Internet yang lemah di Kampung Payong, Setiu menyebabkan lebih 100 pelajar belajar di bangsal usang dalam kebun kelapa sawit. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU:Kerajaan Terengganu serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menaik taraf taraf menara telekomunikasi di negeri berkenaan bagi mengatasi masalah capaian Internet terutama di pedalaman.
Ia termasuk di Kampung Payong, Setiu yang menghadapi masalah serius sehingga memaksa lebih 100 pelajar meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian di bangsal usang serta pondok di kawasan ladang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman, berkata langkah yang dilaksanakan itu bagi membantu pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lebih sempurna.
"Di tempat tersebut sudah ada menara di Lata Payung (berhampiran Kampung Payong) yang di sana tu (liputannya) 2G hingga 3G sahaja dan sedang dinaik taraf kepada 4G. Kemudian kita juga akan bina (menara telekomunikasi) baharu di kampung berkenaan," katanya.
BACA: PdPR: Pelajar terpaksa ikuti kelas di bangsal usang kawasan ladang
Terdahulu Astro AWANI melaporkan, masalah rangkaian Internet yang lemah di Kampung Payong, Setiu menyebabkan lebih 100 pelajar terpaksa menjadikan sebuah bangsal usang dalam kebun kelapa sawit selain lokasi perkelahan untuk mengikuti sesi PdPR.
Situasi itu menyebabkan pelajar tertekan dan tidak selesa, lebih-lebih lagi apabila talian Internet sering terputus dan sukar disambung semula.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata SKMM telah mengambil langkah sewajarnya dan sedang menaik taraf liputan di kawasan terbabit serta kawasan lain di Terengganu.
Menurut Ariffin, sebahagian daripada kira-kira 1,000 menara telekomunikasi di negeri ini perlu dinaik taraf dan usaha itu sedang dilaksanakan secara berperingkat.
Topic Berkaitan
#Capaian internet
#PdPR
#terengganu
#Kampung Payong
#Setiu
#pelajar
#belajar dalam bangsal
#pondok
#liputan internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan