awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
'Papa Zola The Movie' catat kutipan RM43 juta dalam 18 hari tayangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar IPTA ditahan reman bantu siasatan kes bunuh abang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/04/2021
05:53 MYT
Pelajar IPTA ditahan reman bantu siasatan kes bunuh abang
Mohamad Farouk Esha berkata, suspek yang merupakan pelajar di sebuah IPTA itu ditahan kira-kira pukul 6 petang Selasa, di lokasi kejadian. - Gambar hiasan/pixabay
AMPANG : Adik kepada seorang kakitangan swasta yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di kediamannya di sebuah apartment di Taman Pandan Indah, Ampang pada petang Selasa ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kajang di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam, di lokasi kejadian.
"Siasatan ke atas suspek berusia 22 tahun itu akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya di sini pada Rabu.
Mohamad Farouk turut memaklumkan proses bedah siasat dijalankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.
Beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan ekoran itu adalah terlalu awal untuk mendedahkannya.
Sehubungan itu, Mohamad Farouk meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan Saiful Azhar Rahim di talian 011-1211 6458 atau balai polis terdekat dengan segera.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 30 tahun ditemukan dengan kesan kecederaan di dada menggunakan objek tajam di katil bilik tidur sekitar pukul 2 petang oleh adiknya.
Difahamkan ketika kejadian, hanya mangsa berdua bersama adiknya di rumah berkenaan, manakala ahli keluarga yang lain berada di luar.
Semakan lanjut mendapati mangsa dipercayai dibunuh dan meninggal dunia di antara pukul 10 dan 11 pagi.
Terdahulu, majikan mangsa memaklumkan kepada ibunya yang mangsa tidak datang bekerja pada hari berkenaan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
#IPD Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan