awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej maut motosikal dirempuh kereta dipandu warga emas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
14/05/2022
22:00 MYT
Pelajar kolej maut motosikal dirempuh kereta dipandu warga emas
Mangsa tercampak di atas pembahagi jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Seorang penuntut kolej maut selepas motosikal yang ditungganinya bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu warga emas.
Kejadian berlaku di Jalan Padang Kuala Nerus kira-kira jam 4.30 petang Sabtu.
Nahas itu menyebabkan mangsa, Mohammad Zakwan Azad Zahari, 21, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 68 tahun itu dari arah Wakaf Tengah membelok ke sebelah kanan jalan dipercayai mahu memasuki sebuah stesen minyak.
Bagaimanapun ketika sedang membelok ke kanan, kereta itu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah Gong Badak.
Ekoran perlanggaran itu, mangsa tercampak di atas pembahagi jalan manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Ismail Man ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#pelajar kolej
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan