awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej vokasional maut, nahas tiga kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/10/2023
03:00 MYT
Pelajar kolej vokasional maut, nahas tiga kenderaan
Seorang penunggung motorsikal maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 63.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) pada malam Jumaat. - Foto Sinar Harian
KLUANG: Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 63.8 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) pada malam Jumaat.
Kemalangan sekitar jam 7.45 malam itu membabitkan sebuah motorsikal yang ditunggang remaja berkenaan, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Isuzu MUX dan sebuah Toyota Alphard.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, Muhammad Syafiq Haikal Abdullah, 16, yang juga pelajar kolej vokasional meninggal dunia di lokasi kejadian.
Katanya, kesemua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah yang sama daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal telah melanggar belakang SUV yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dan terjatuh di atas jalan raya.
"Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 41 tahun yang berada di belakang motosikal itu serta beberapa kenderaan lain yang tidak dikenal pasti tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa," katanya dalam kenyataan.
Menurut Nik Mohd Azmi, mangsa cedera di beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi.
"Mayat mangsa kemudianya di runjuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#pelajar
#kolej vokasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan