awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi
CEO Bursa Saham Indonesia Iman Rachman letak jawatan
Instagram dilapor sedang bangunkan ciri keluarkan diri sendiri dari Close Friends
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar lelaki dipukul dipercayai akibat insiden kelucahan melampau

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2026
05:15 MYT
Pelajar lelaki dipukul dipercayai akibat insiden kelucahan melampau
Rakaman video tular memaparkan seorang pelajar sekolah lelaki dipukul di depan sebuah sekolah menengah di Larkin. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Insiden seorang pelajar lelaki dipukul di depan sebuah sekolah menengah di Larkin dipercayai berpunca daripada gangguan kelucahan melampau terhadap seorang pelajar perempuan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat, berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 petang Khamis, di depan sebuah sekolah menengah di kawasan Larkin.
“Polis menerima laporan daripada mangsa berusia 17 tahun yang dipukul pada jam 7.13 petang, Khamis,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek berusia 17 tahun yang juga pelajar sekolah bertindak memukul mangsa menggunakan tangan.
Perbuatan itu dilakukan bersama abang kandung suspek berusia 20 tahun yang tidak bekerja.
“Kes ini dipercayai berlaku susulan mangsa dikatakan terbabit dalam satu kejadian mengganggu dengan kelucahan melampau melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang juga pelajar sekolah sama, sekitar jam 2 petang pada Rabu," jelasnya.
Tambah Raub, polis turut mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pelajar perempuan terbabit pada Khamis jam 5.43 petang..
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, manakala kes gangguan kelucahan melampau disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Topic Berkaitan
#pelajar sekolah dipukul
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#kelucahan melampau
#Larkin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan