Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) akan memindahkan kira-kira 400 pelajar Malaysia sekiranya keadaan di Hong Kong mengancam keselamatan mereka.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata kementerian juga sentiasa berhubung dengan Wisma Putra dari semasa ke semasa untuk tindakan lanjut, sekiranya keadaan menjadi kritikal.
Pada masa yang sama, MOE melalui Education Malaysia Beijing akan terus memantau situasi di Hong Kong dan melaporkan perkembangan terkini.
"Keselamatan dan kesejahteraan pelajar kita menjadi keutamaan MoE," kata Maszlee kepada Bernama, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian susulan notis perjalanan yang dikeluarkan Wisma Putra pada Jumaat yang menasihatkan rakyat Malaysia yang mempunyai urusan tidak penting untuk menangguhkan perjalanan ke Hong Kong berikutan demonstrasi dan protes yang berlaku di beberapa daerah di wilayah itu.
Maszlee juga menasihatkan pelajar Malaysia supaya sentgiasa berwaspada dan berjaga-jaga terhadap keselamatan mereka dan sentiasa berhubung dengan Konsulat untuk mendapatkan maklumat terkini.
Maszlee kini berada di ibu negara Perancis itu kerana mewakili Malaysia pada Sesi ke-40 Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 15 2019
Keselamatan dan kesejahteraan pelajar kita menjadi keutamaan MoE, kata Maszlee. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo
Kematian sembilan ekor monyet dalam beberapa hari di sebuah zoo di Hong Kong, mendorong siasatan dijalankan untuk mengetahui puncanya, lapor United Press International (UPI).
Pos Hong Kong keluar setem peringatan ulang tahun ke-150 Kesatuan Pos Sedunia
Pos Hong Kong akan keluarkan helaian setem dan produk filateli bertemakan 'Ulang Tahun ke-150 UPU' bagi memperingati hari istimewa itu.
Lawatan kerja Azalina ke Hong Kong berjaya teroka era baharu kerjasama
Lawatan kerja Datuk Seri Azalina Othman Said ke Hong Kong baru-baru ini berjaya meneroka era baharu kerjasama dalam sektor undang-undang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ARC 2024: Skuad Bunga Raya akur kehebatan Hong Kong
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengalami kekalahan besar buat kali kedua berturut-turut pada saingan ARC 2024 selepas tumbang kepada Hong Kong.