Pelajar Malaysia yang berada di Riau, yang kini diisytiharkan darurat jerebu, akan dievakuasi hari ini ke Kuala Lumpur dan Jakarta.
Menurut sumber, untuk peringkat pertama, seramai 40 pelajar akan berlepas ke Kuala Lumpur dari Pekanbaru menggunakan pesawat Air Asia AK430 pada 10.55 pagi dan dijangka tiba 12.50 tengah hari waktu Malaysia.
"Peringkat kedua, seramai 31 pelajar, menerusi penerbangan AirAsia jam 4.15 petang, berlepas dari Pekanbaru ke Kuala Lumpur dan tiba 6.10 petang," katanya.
Jurucakap itu berkata bagi pelajar Malaysia yang dievakuasi ke Jakarta, akan menggunakan pesawat Batik Air ID6849, seramai 35 orang dijadualkan ke Jakarta dari Pekanbaru, pada 5 petang dan tiba 6.45 petang.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam, seramai 280 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia akan dievakuasi ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu.
Daripada jumlah tersebut, 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia manakala 120 akan dievakuasi ke Dewan Malaysia di Jakarta, Indonesia, kata NADMA. Ia membabitkan 183 pelajar di Pekanbaru dan 97 di Jambi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 25 2019
Provinsi Riau di Indonesia pada Isnin diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500. - Gambar fail/AP
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Disangka hilang, rupanya 'terpos' ke Amazon
Galena yang masuk ke dalam kotak yang ingin dipos ke Amazon tanpa disedari keluarganya, ditemui sihat namun dalam keadaan keliru.
Sempadan Rafah masih dibuka untuk penghantaran bantuan, penumpang, kata sumber Mesir
Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang.
Pelajar Malaysia di Pekanbaru dievakuasi ke KL dan Jakarta
Pelajar Malaysia yang berada di Riau, yang kini diisytiharkan darurat jerebu, akan dievakuasi hari ini ke Kuala Lumpur dan Jakarta.
JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bersedia untuk sebarang kemungkinan pengisytiharaan darurat bencana jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sri Aman melebihi 500.