awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar mati lemas di kawasan air terjun di Sarikei

Bernama
Bernama
20/09/2024
15:07 MYT
Pelajar mati lemas di kawasan air terjun di Sarikei
Seorang pelajar remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi selepas menyiapkan kajian bersama tiga lagi rakan di kawasan Air Terjun Wong Ruan. - Gambar fail
SIBU: Seorang pelajar remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi selepas menyiapkan kajian bersama tiga lagi rakan di kawasan Air Terjun Wong Ruan, Ulu Bayong, Ulu Sarikei, kira-kira 100 kilometer (km), dari sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Pemangku Superintendan Aswandy Anis berkata pelajar Sekolah Tinggi Sarikei itu, Alex Lau Hui Ping, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Sarikei.
Katanya mangsa bersama tiga rakan sekolahnya telah datang ke air terjun tersebut untuk menjalankan kajian pada jam 11 pagi dan selepas menyelesaikan kerja, mangsa kemudian terjun untuk mandi dan terus tenggelam.
"Rakan mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada penduduk rumah panjang berhampiran untuk mendapatkan bantuan pada sekitar pukul 11.30 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata seramai 12 anggota Pasukan Bomba Sukarela dari Lubok Lemba, Ulu Sarikei melakukan selaman pada kedalaman tiga meter di lokasi kejadian sebelum menemukan mayat mangsa.
Katanya mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar remaja lelaki
#lemas
#Air Terjun Wong Ruan
#Sarikei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan