awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar OKU dakwa dicabul guru

Bernama
Bernama
06/07/2025
08:30 MYT
Pelajar OKU dakwa dicabul guru
Suspek ditahan kira-kira 10 malam tadi di Rembau, namun dia menafikan terlibat dalam kes berkenaan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual berusia 16 tahun mendakwa dicabul seorang guru di sebuah sekolah di Rembau pada Mei lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang pelajar perempuan OKU intelektual berusia 16 tahun mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki berumur 36 tahun di sebuah sekolah di Rembau pada 5 Mei, selepas aktiviti merentas desa.
  • Mangsa membuat laporan polis pada 5 Julai dan memaklumkan kejadian kepada guru lain pada 30 Jun; suspek ditahan malam tadi tetapi menafikan tuduhan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ketua Polis Daerah Rembau Supt Hasani Hussain berkata pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) itu membuat laporan pada 5.15 petang semalam, mendakwa kejadian berkenaan dilakukan guru lelaki berusia 36 tahun.
"Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 10.40 pagi, 5 Mei lepas semasa mangsa sakit kaki selepas aktiviti merentas desa.
"Guru itu didakwa mengurut kaki pelajar berkenaan dari tapak kaki sampai ke paha, sehingga mangsa berasa guru itu tersentuh bahagian sensitifnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hasani berkata mangsa memberitahu kejadian itu kepada seorang guru lain pada 30 Jun.
Beliau berkata suspek ditahan kira-kira 10 malam tadi di Rembau, namun dia menafikan terlibat dalam kes berkenaan.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes cabul
#cabul OKU
#pelajar OKU
#pelajar perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan