SUNGAI BULOH: Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pelajar Tingkatan Empat yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah dekat sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.26 pagi menyatakan seorang pelajar perempuan terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah.
Beliau berkata, sebaik sahaja menerima laporan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.
"Punca kejadian masih dalam siasatan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala.
"Kecederaan itu disebabkan terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, menurut beliau, satu kertas siasatan sebagai mati mengejut (SDR) telah dibuka berhubung kejadian tersebut.
Untuk itu kata beliau, orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 23 2024
Seorang pelajar perempuan terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Sungai Buloh. - Gambar hiasan
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
17 termasuk 9 pelajar sekolah maut banjir di Oman
Tujuh belas orang termasuk sembilan pelajar sekolah terbunuh berikutan banjir besar di Oman, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Al Arabiya.
Sabah pandang serius kes keganasan babitkan pelajar sekolah
Kerajaan Negeri Sabah memandang serius kes keganasan membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditemukan maut di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu.
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
Pelajar perempuan maut jatuh tingkat 3 bangunan sekolah
Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pelajar Tingkatan Empat yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah pada Jumaat.
12 kanak-kanak, 2 guru maut selepas bot terbalik di Gujarat India
Sekurang-kurangnya 12 pelajar dan dua guru lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Tasik Harni di Gujerat, barat India.
Pelajar maut, lapan lagi cedera dua MPV bertembung
Seorang pelajar maut manakala lapan lagi cedera dalam nahas membabitkan dua MPV di Jalan Dato Mahmud di Kuantan pada awal pagi ini.
Pemandu lori didakwa pandu melulu, sebabkan kematian pelajar
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan melulu sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan lima, Rabu lepas.