awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
Najib fail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar perempuan maut motosikal bergesel kenderaan lain

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/09/2019
14:28 MYT
Pelajar perempuan maut motosikal bergesel kenderaan lain
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Foto ihsan pembaca/media sosial
Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang mereka naiki bergesel dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 266.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 2.15 petang itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Serai, Rohani Rosidi, 18, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kedah bersama rakannya Nur Adlina Fatin Wazni, 18.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, motosikal berkenaan dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti, menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh di atas jalan.
"Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya yang membonceng motosikal berkenaan cedera,” ujarnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala rakannya masih dirawat di wad kecemasan hospital yang sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#bergesel kenderaan lain
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#kemalangan motosikal
#Lebuh Raya Utara-Selatan
#Nur Adlina Fatin Wazni
#pelajar perempuan
#Rohani Rosidi
#SMK Padang Serai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan