"Saya tahu kakak dah tiada kerana setengah jam dia dalam air, tapi saya pujuk hati kata kakak masih ada sepanjang perjalanan kami ke hospital sehinggalah doktor beritahu paru-paru kakak dah pecah," kata Nur Atikah Abdul Rahman.
Nur Atikah, 23, menemukan anak saudaranya Nur Ain Natasya Mohd Rosaidi, 11, lemas dalam paya berhampiran rumah mereka di Kampung Pulau Serai di sini, pada 5.30 petang semalam.
Beliau berkata mangsa, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya di sini, tidak pernah bermain di paya itu sebelum ini bagaimanapun tergerak hati untuk ke sana semalam bagi mencari adiknya Ashraf Nasrullah, 8, yang sering mencari ikan di situ.
"Tak lama kemudian saya nampak abang (Ashraf Nasrullah) keluar dari bilik. Rupa-rupanya dia tidur.
"Tahu-tahu sahaja ada budak datang ke rumah beritahu kakak tenggelam. Saya terus ke paya untuk pastikan mereka tidak bergurau, sebelum telefon bomba dan terjun mencari kakak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nur Atikah, yang juga pekerja kilang, kemudiannya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu mangsa Nurul Hidayah Ahmad Tarmizi, 30, kini dalam pantang selepas melahirkan anak keempatnya hujung Disember lalu.
Jenazah mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Pahang di sini, pada 1 pagi tadi, berhampiran kubur datuknya, Abdul Rahman Dollah yang meninggal dunia pada 5 Jun lalu.
"Arwah sangat rapat dengan akinya (Abdul Rahman) kerana dia cucu sulung. Baru kelmarin arwah mengajak kami ke kubur kerana sudah lama tidak menjenguk aki dan dia beritahu esok (semalam) kita akan ke kubur lagi," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata mangsa dipercayai terjatuh ke dalam paya sedalam kira-kira empat meter dan dikejarkan ke Hospital Pekan oleh pihak bomba yang tiba di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan DSP Amran Sidek mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan DSP Amran Sidek mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pelajar perempuan tahun lima lemas dalam paya berhampiran rumah
Nur Atikah, 23, menemukan anak saudaranya Nur Ain Natasya Mohd Rosaidi, 11, lemas dalam paya berhampiran rumah mereka di Kampung Pulau Serai di sini, pada 5.30 petang semalam.