Seorang pelajar yang sedang mengikuti latihan industri sebuah syarikat operator pelabuhan dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir daripada kapal, di perairan Selat Melaka kira-kira dua batu nautika dari jeti nelayan Kampung Tanjung Dahan, Kuala Linggi.
Kehilangan mangsa, Muhammad Afizudin Aidzuhan, 20 tahun, disedari kru lain kira-kira jam 1 tengah hari tadi sebelum melaporkan kehilangannya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Melaka & Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada hari sama kira-kira jam 5 petang tadi.
Beliau berkata, pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Marin di Kolej Ranaco di Kemaman, Terengganu itu telah enam bulan menjalankan latihan industri di kapal tunda ‘Tag Nur Tiga’.
Mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat pada sekitar jam 11.50 malam Ahad ketika sedang bertugas membuat pemantauan di kapal ‘Bunga Mas 6’ bersama seorang lagi kru kapal.
Difahamkan, remaja itu memaklumkan pada rakannya untuk pulang sebentar ke kapal ‘Tag Nur Tiga’ bagi mengambil barang sebelum dilaporkan tidak kelihatan sehingga tengah hari tadi.
"Syarikat kapal ini, Tag Marine, telah memulakan pencarian dari pagi tadi sehingga petang ini dan masih tak menjumpainya. Selepas jam 4 petang, tak jumpa, mereka buat laporan polis tentang kehilangan.
"Selepas menerima aduan tersebut, Maritim Malaysia mengaktifkan SAR lebih kurang jam 5 petang, melibatkan semua agensi penyelamat," kata Azman.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelajar yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor itu sepatutnya menjalankan latihan industri selama lapan bulan di atas kapal tersebut.
Katanya, operasi yang digerakkan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melibatkan radius pencarian seluas 25 batu nautika persegi.
Seramai 11 anggota Maritim Malaysia, tujuh anggota APM, lima anggota polis dan 15 anggota JBPM termasuk lapan pasukan penyelamat di air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu digerakkan ke lokasi pencarian.
Bagaimanapun, kerja-kerja menyelam hanya akan dijalankan esok ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, manakala operasi pencarian pada permukaan diteruskan sehingga tengah malam ini dengan bantuan nelayan tempatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Aziz ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.
Astro Awani
Mon Jul 29 2019

Muhammad Afizudin yang berasal dari Petaling Jaya itu sepatutnya menjalankan latihan industri selama lapan bulan di atas kapal tersebut. - Astro AWANI

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Pelajar praktikal dikhuatiri jatuh dari kapal tunda
Kehilangan mangsa, Muhammad Afizudin Aidzuhan, 20 tahun, disedari kru lain kira-kira jam 1 tengah hari tadi sebelum melaporkan kehilangannya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.