awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar redah api selamatkan kawan-kawan dianugerah Pingat Hang Tuah

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
01/10/2017
10:02 MYT
Pelajar redah api selamatkan kawan-kawan dianugerah Pingat Hang Tuah
Ahmad Zahid memakaikan tengkolok kepada Mohamad Farid Iskandar pada majlis di Bangi hari ini. Turut kelihatan, Murni Haryati dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. fotoBERNAMA
Pelajar sebuah sekolah tahfiz di Baling, Kedah, Mohamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain telah dianugerahkan Pingat Hang Tuah atas keberaniannya dalam tragedi kebakaran sekolahnya baru-baru ini.
Tindakannya yang sanggup meredah api yang marak, sehingga berjaya menyelamatkan enam rakannya yang lain, melayakkan pelajar berusia 12 tahun itu menerima penghargaan tersebut.
Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 1:50 pagi 6 Ogos lalu, Mohamad Farid Iskandar terjaga daripada tidur dan melihat kepulan asap dari bilik asrama tingkat tiga bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Wartabiyyatul Islamiah itu.
"Saya dengar bunyi bising, saya terjaga dan terus mengejutkan kawan-kawan saya. Kami cuba ambil tilam dan gunakan air untuk padamkan api, tetapi api semakin marak.
"Kami terus keluar, tetapi kawan saya bernama Hazwan jatuh tersungkur di tangga. Saya patah balik dan pimpin dia, dan kami mencari tempat selamat," kata anak sulung daripada dua beradik dari Sungai Petani, Kedah, itu.
Mohamad Farid Iskandar menerima trofi, sijil dan wang tunai RM5,000 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara 2017 di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, hari ini.
Menurut ibunya, Murni Hayati Abdul Ghani, wang hadiah itu akan dikongsikan bersama pusat tahfiz tersebut dan rakan-rakan anaknya.
Anugerah Pingat Hang Tuah, diperkenalkan pada 1960, diberikan kepada tokoh kanak-kanak berdasarkan keberanian luar biasa mereka.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#anugerah
#kebakaran
#Mohamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain
#pelajar
#Pingat Hang Tuah
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan