awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar SPM maut ketika pulang dari sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2021
22:15 MYT
Pelajar SPM maut ketika pulang dari sekolah
Motosikal ditunggang mangsa kemalangan dengan Proton Wira (Ihsan Bomba)
KUALA PILAH: Seorang pelajar Tingkatan Lima yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Kampung Gedang di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Shah Iskandar Nor Haszemi, 17, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Samad cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mangsa yang menunggang motosikal terlibat nahas dengan sebuah kereta Proton Wira dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.
"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sawah Liat, namun dari arah belakang telah melanggar bahagian pintu hadapan Proton Wira yang bergerak di laluan sama.
"Ketika itu kereta terbabit sedang membelok ke kanan jalan untuk masuk ke simpang Kampung Gedang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk tindakan lanjut.
"Pemandu Proton Wira iaitu lelaki berusia 29 tahun cedera di kepala dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar SPM
#Shah Iskandar Nor Haszemi
#Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Samad
#nahas dengan kereta Proton Wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan