Seorang pelajar lelaki di sebuah pusat madrasah swasta di Kota Tinggi Johor, terpaksa menanggung kecacatan kekal apabila kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pihak hospital selepas didapati mengalami pendarahan dan luka dalaman serta jangkitan kuman.
Mohamd Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, yang kisahnya tular di Facebook sejak semalam dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas disebat oleh pembantu warden.
Ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, ketika ditemui memberitahu, anak ketiganya itu dimasukkan ke madrasah tersebut pada 27 Januari dengan rela hati kerana mahu mendalami ilmu al-Quran dan memasang cita-cita untuk menjadi seorang tahfiz.
Pada awal sesi pembelajaran jelasnya, Mohamad Thaqif sangat gembira ditempatkan di madrasah itu, namun keadaan bertukar suram apabila anaknya sering meminta kepada keluarga untuk pulang ke rumah kerana dakwanya takut disebat oleh pembantu warden pada setiap malam.
Menurut Felda Wani, anaknya pernah mengadu bahawa setiap malam kesemua pelajar akan dipanggil untuk disebat sebanyak lima kali di tapak kaki.
“Ketika dia balik, dia ada cerita dengan saya. Saya tanya macamana kena. Dia memberitahu bahawa semua orang kena. Saya tidak boleh bayangkan.
“Dia cakap (mereka) dalam keadaan sujud dan (kena sebat) di tapak kaki. Saya tanya pakai apa, dan dia cakap guna getah paip warna kuning dan hijau,” jelas Felda Wani.
Susulan kejadian itu, membuatkan mangsa tidak tahan untuk meneruskan pembelajaran dan mengambil keputusan untuk berhenti di madrasah itu pada 31 Mac lepas.
Lebam kemerahan
Felda Wani berkata, keadaan kesihatan anaknya itu semakin merosot setelah dibawa keluar daripada pusat tahfiz berkenaan sebelum dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Rabu lalu.
Kedua-dua kaki anaknya menjadi lebam kemerahan dan doktor yang merawat mengatakan terdapat darah beku dan jangkitan kuman yang telah merebak ke buah pinggang.
Felda Wani yang merupakan seorang guru di sekolah rendah di Kota Tinggi berkata, dia masih menunggu laporan perubatan bagi mengetahui sama ada kejadian yang menimpa anaknya itu adalah kesan daripada hukuman sebat berkenaan.
Beliau dan keluarga yang tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram pada 19 Mac lalu.
Siasat dahulu
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanggil pembantu warden tersebut bagi membantu siasatan berkenaan.
Katanya, pihaknya juga akan mendapatkan laporan perubatan daripada hospital berkenaan bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat menerusi kenyataan media memberitahu bahawa Mohamad Thaqif dimasukkan ke wad HSI dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Pihak hospital sedang membuat siasatan lanjut sama ada pesakit juga kebetulan mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat yang dinyatakan disebat itu.
Jelasnya, pelajar tersebut mempunyai darah beku dan terkena jangkitan kuman hingga merebak ke bahagian buah pinggang dan merosakkan fungsi buah pinggang.
Masalah pembekuan darah bukan sahaja di kaki, tempat yang dikatakan dipukul, malah turut terdapat di tangan.
Sehingga kini, kaki pesakit telah dipotong dan dialisis sedang dilakukan.
Ayub memberitahu, pihak hospital dan pihak terlibat sedang menyiasat dan sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik dan sebaiknya untuk pesakit.
Shahrul Hassan
Sat Apr 22 2017
Pelajar tersebut mempunyai darah beku dan terkena jangkitan kuman hingga merebak ke bahagian buah pinggang dan merosakkan fungsi buah pinggang. - Astro AWANI
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas petang Selasa.
Kenaikan gaji penjawat awam: Cuepacs harap harga barang tidak naik
Harga yang ditawarkan di pasaran mestilah setara dan adil dengan pendapatan pengguna.
PM bentang pendigitalan & kecerdasan buatan dalam mesyuarat Kabinet
Perdana Menteri mengesahkan akan membentangkan mengenai pendigitalan & pengadaptasian kecerdasan buatan (AI) dalam kerajaan ketika mesyuarat kabinet hari ini.
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG
Menurut Ayub, PABM akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jawatankuasa RTG untuk menilai permohonan berkenaan.
Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.
Doping: PABM rancang bubar skuad kebangsaan
PABM kecewa kerana kes itu berlaku sewaktu kem latihan berpusat sehingga merancang untuk mengambil tindakan drastik.
Mohamad Aziz selamat dikebumi
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang amat menjaga silaturahim sesama sahabat tanpa mengira pangkat dan usia.
Badang Malaysia dilarang sertai Sukan Olimpik Tokyo
Selain Malaysia, atlet angkat berat Thailand turut menerima nasib sama ekoran kedua-dua negara mencatat jumlah kes doping yang banyak, tanpa mengira sebarang perubahan tarikh temasya sukan itu.
Banjir Johor semakin pulih, 7 PPS ditutup
Lebih 1,000 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kira-kira jam 1 petang tadi.
Tiada laporan kesihatan bayi terjejas akibat susu tiruan - Exco
Datuk Ayub Rahmat berkata ini berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri ke atas semua pusat kesihatan di negeri itu.
Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA, kembali teruskan pengajian
Kedua-dua pelajar rakyat tempatan itu kini dipantau Pusat Kesihatan UTM, diberi ubat dan rawatan selain dikehendaki membuat pemeriksaan berkala untuk menilai perkembangan semasa mereka.
Johor akan terus pantau situasi zika di Singapura
Jika kes meningkat, pihaknya akan menambah bilangan penolong pegawai kesihatan persekitaran di kedua-dua pintu masuk antarabangsa darat di negeri ini selain menempatkan pasukan paramedik.