awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Kelantan rampas RM20.33 juta, 56 kes direkod sepanjang 2025
Duit RM35,000 disimpan dalam plastik untuk modal berniaga hangus dalam kebakaran
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tahfiz maut dengan kesan lebam pada badan

Bernama
Bernama
07/11/2019
21:37 MYT
Pelajar tahfiz maut dengan kesan lebam pada badan
Seorang murid tahfiz ditemukan maut dengan kesan lebam pada tubuhnya semalam. -Gambar fail
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dihantar ke sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar di Lanchang, Temerloh dekat sini, maut dengan kesan lebam pada tubuhnya, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 tengah hari, semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang.
Katanya, polis kini menahan tiga remaja berusia 13 tahun yang juga pelajar di pusat tahfiz itu bagi membantu siasatan kematian mangsa.
"Maklumat awal menyatakan mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita pusat tahfiz itu, yang kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan tersebut.
"Mangsa difahamkan baru belajar di situ sejak pertengahan Oktober lepas, bersama-sama dengan abang tirinya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Othman berkata siasatan awal mendapati pusat tahfiz yang beroperasi di sebuah rumah batu mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini, dan buat masa ini mempunyai empat pelajar termasuk mangsa.
Pusat tahfiz itu dikendalikan oleh pasangan suami isteri, dengan tenaga pengajarnya ialah suami kepada warden tersebut.
Othman berkata bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hari ini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
#Lanchang
#Othman Nanyan
#pusat tahfiz
#warden wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan