KUALA LUMPUR: Memasuki hari keempat Fasa Peralihan ke Endemik di negara ini, menyaksikan satu lagi aktiviti dalam sektor pendidikan beroperasi seperti biasa apabila bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka tanpa penggiliran bagi pelajar sekolah menengah, hari ini.
Kebanyakan pelajar bersemangat serta teruja dapat kembali ke sekolah selepas menjalani sesi PdP di rumah sejak COVID-19 melanda dua tahun lepas, malah golongan ibu bapa meluahkan kesyukuran kerana kehidupan anak-anak mereka sebagai pelajar akan beransur normal dalam tempoh fasa peralihan ini.
Tinjauan Bernama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Ampang di sini, mendapati pelajar yang hadir ke sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka.
Seorang bapa Rajakumaran, 64, meluahkan kegembiraan dan lega apabila anaknya, R. Devandran, 16, dapat kembali menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka yang dilihat mampu memberi semangat baharu untuk anaknya meneruskan pelajaran.
Katanya, anaknya yang belajar di SMK Bandar Baru Ampang itu berhadapan cabaran untuk menjalani sesi pembelajaran dengan baik susulan limitasi kemudahan telefon bimbit serta capaian internet bagi menjalani sesi PdP di rumah.
"Saya bersyukur anak kembali ke sekolah. Sebelum ini saya terpaksa beli satu telefon bimbit bernilai RM600 bagi memastikan anak tidak terlepas sesi pembelajaran. Mencabar kerana kami bukannya daripada keluarga yang senang," katanya kepada Bernama.
Di NEGERI SEMBILAN, tinjauan Bernama di SMK Tunku Syed Idrus, Tampin, mendapati pelajar yang hadir ke sekolah kelihatan bersemangat memulakan hari pertama persekolahan.
Ketika ditemui, Sarah Amir, 17, berkata dia tidak sabar untuk bertemu rakan-rakannya setelah sekian lama mengikuti PdP di rumah dan gembira dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas atau secara bersemuka dengan guru kerana proses itu lebih mudah difahami.
Di PAHANG, jurugambar sambilan Shaikh Ahmad Razaif Shaikh Mustafa, 49, lega kerana persekolahan anak tunggalnya Rayyan Akhlaqen, 14, kembali 'normal' di SMK Paya Besar di Kuantan selepas terlalu lama belajar di rumah sebelum ini.
"Lebih baik belajar secara bersemuka kerana lebih mudah untuk dia memberi tumpuan dalam kelas. Jika di rumah, agak sukar untuk saya membantu kerana silibus subjek sekarang amat berbeza daripada apa yang saya dan ibunya belajar dahulu.
"Selain itu, saya harap anak dapat kembali menyertai kelab dan aktiviti sukan kerana ia membantu mengajar dia untuk lebih bertanggungjawab dan bersosial selain anak juga lebih seronok kerana dapat berkawan," katanya.
Di PERAK, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada pelajar SMK Raja Perempuan, Ipoh, semasa mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan awal pagi ini.
Beliau ketika ditemui berkata PdP secara bersemuka yang bermula hari ini melibatkan 250 sekolah di seluruh negeri itu.
Menurutnya semua ketua polis daerah bersama pegawai perhubungan sekolah turut mengadakan tinjauan di sekolah bagi berkongsi maklumat berkaitan soal keselamatan selain meningkatkan kerjasama sosial terutamanya berkaitan masalah disiplin pelajar.
Di SELANGOR, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memaklumkan dianggarkan seramai 375,232 pelajar sekolah menengah memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka hari ini.
Di SABAH, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Mistirine Radin berkata seramai 315,934 murid sekolah rendah manakala 211,968 pelajar sekolah menengah di seluruh negeri itu hadir ke sekolah hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022
Kebanyakan pelajar bersemangat serta teruja dapat kembali ke sekolah selepas menjalani sesi PdP di rumah sejak COVID-19 melanda dua tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Masyarakat Islam Sarawak jangan terlalu ghairah adakan rumah terbuka raya
Masyarakat Islam Sarawak diingatkan supaya jangan terlalu ghairah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bulan hadapan walaupun negara kini sudah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.
Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri
Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.