awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan 2 jatuh dalam Sungai Perak ditemui lemas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/05/2023
09:35 MYT
Pelajar Tingkatan 2 jatuh dalam Sungai Perak ditemui lemas
Mayat mangsa yang dikenali sebagai V Johnson, 14, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 4.45 petang. - Gambar/ JBPM
TELUK INTAN: Mayat pelajar Tingkatan Dua yang terjatuh ke dalam Sungai Perak, berhampiran jeti Kampung Terengganu, di sini pada Jumaat, ditemui petang Sabtu.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai V Johnson, 14, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 4.45 petang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, identiti mangsa dikenal pasti oleh bapanya sendiri yang membuat pengecaman mayat.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan jam 5 petang ini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya di sini pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan mangsa dikhuatiri terjatuh selepas pakaian dan begnya ditemui berdekatan jeti berkenaan kira-kira jam 7.30 petang Jumaat.
Ahmad Adnan berkata, operasi SAR telah diaktifkan selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada bapa mangsa.
Topic Berkaitan
#kes lemas
#sungai perak
#jatuh sungai
#remaja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan