awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan dua cedera dipukul kerana mahu keluar Geng 360

Hakim Rahman
Hakim Rahman
31/05/2015
05:20 MYT
Pelajar tingkatan dua cedera dipukul kerana mahu keluar Geng 360
Ketiga-tiga remaja berkenaan dipercayai mengekori mangsa yang berusia 14 tahun itu sebelum bertindak membelasahnya dalam sebuah tandas di pasar raya itu. - Foto PDRM
Hanya kerana dikatakan tidak mahu terus menyertai sebuah kumpulan kongsi gelap, seorang pelajar sekolah di Bukit Tinggi, Klang dipukul sehingga cedera oleh tiga pelajar lain.
Kejadian dikatakan berlaku jam 1.30 petang Jumaat lalu di sebuah pasar raya di bandar Klang iaitu selepas tamat sesi persekolahan.
Menurut polis, ketiga-tiga remaja berkenaan dipercayai mengekori mangsa yang berusia 14 tahun itu sebelum bertindak membelasahnya dalam sebuah tandas di pasar raya itu.
Ketua Polis Daerah Klang, ACP Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan hari ini mengatakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian bawah bibir dan seluruh badan akibat dipukul.
Geng 360
Geng 360
Kejadian dikatakan berlaku Jumaat lalu di sebuah pasar raya di Klang sekitar jam 1.30 petang iaitu selepas tamat sesi persekolahan. - Foto PDRM
Bertindak atas laporan, pihaknya telah mengenalpasti dan menahan tiga remaja dalam beberapa siri serbuan semalam.
"Dua remaja yang ditahan berusia 16 dan 17 tahun telah dibuang sekolah pada 28 Mei lalu, manakala seorang lagi berusia 15 tahun masih bersekolah di tingkatan tiga.
"Hasil soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam kejadian seperti yang dilaporkan mangsa.
"Motif kejadian adalah disebabkan mangsa telah keluar dari kumpulan Geng 360," katanya.
Ketiga tiga suspek turut mengaku ahli geng kongsi gelap 360 Pandamaran diketuai seorang lelaki.
Susulan kejadian itu, pihaknya telah melakukan serbuan untuk mengesan beberapa dalang lain yang bertindak merekrut pelajar sekolah menjadi ahli kongsi gelap.
"PDRM akan mengambil tindakan undang-undang selain daripada Akta Pertubuhan dan juga Akta Pencegahan Jenayah 1959," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#buli
#geng 360
#Klang
#kongsi gelap
#PDRM
#pelajar
#polis
#pukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan