awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan empat lemas ketika mandi di pantai

Bernama
Bernama
13/10/2023
16:44 MYT
Pelajar tingkatan empat lemas ketika mandi di pantai
Mangsa, Faris Darwisy Mohd Faizal ditemukan PPDA JBPM Melaka pada 9.25 malam pada Jumaat kira-kira 50 meter dari pantai dan tempat terakhir mangsa mandi. - Gambar Bernama
MELAKA: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditemukan lemas ketika mandi-manda di pantai Mutiara Kem Terendak, Sungai Udang, di sini pada petang Jumaat.
Mangsa, Faris Darwisy Mohd Faizal, 16, ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka pada 9.25 malam pada Jumaat kira-kira 50 meter dari pantai dan tempat terakhir mangsa mandi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Christopher Patit berkata mangsa ke pantai bersama 14 pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak pada kira-kira 6 petang untuk meraikan hari terakhir guru pelatih yang mengajar di sekolah mereka.
"Ketika sedang mandi mangsa tiba-tiba dilihat terkapai-kapai dan hilang di laut tanpa sempat diberi bantuan oleh guru serta pelajar lain, yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang.
"Operasi mencari dan menyelamat (SARS) digerakkan membabitkan polis, bomba dan Pasukan Komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mayat mangsa ditemukan pada 9.25 malam sebelum dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 6.30 petang.
Menurutnya operasi SARS tersebut melibatkan 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan dibantu BBP Melaka Tengah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Balai Bomba dan Penyelamat
#bedah siasat
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan