awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan empat tunggang motosikal bapa maut kemalangan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/05/2022
05:35 MYT
Pelajar tingkatan empat tunggang motosikal bapa maut kemalangan
Seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11.9 Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth arah Sungai Dua dekat Butterworth awal pagi Ahad.
BUTTERWORTH: Seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan tiga buah kereta di Kilometer 11.9 Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth arah Sungai Dua dekat sini awal pagi Ahad.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, pelajar tingkatan empat itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dilanggar kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika motosikal ditunggangi mangsa datang dari arah Bagan Ajam menghala Sungai Dua.
"Siasatan mendapati mangsa telah menukar haluan dari lorong kiri ke lorong kanan menyebabkan motosikal bergesel dengan sebuah kereta dari arah belakang.
"Kemudian datang pula dua buah kereta dari belakang yang gagal mengelak dan melanggar penunggang motosikal itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Radzi siasatan lanjut pihaknya mendapati mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu menunggang motosikal milik bapanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#pelajar tingkatan empat
#maut
#kemalangan
#tunggang motosikal bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan