Bantuan secara sekali bayar (one-off) berjumlah RM200 kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kini diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, pelajar peringkat diploma dan yang setara termasuk institusi dibawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, inisiatif itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta ringgit dan bakal memanfaatkan hampir 1.5 juta pelajar.
"Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Moga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, ia membabitkan seramai 1.2 juta pelajar dibawah Kementerian Pengajian Tinggi yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Kolej Komuniti.
Manakala dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia pula ia memanfaatkan seramai 100,000 pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.
Selain itu, 200,000 pelajar diploma atau setara dengannya termasuk pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas turut mendapat bantuan terbabit.
Fareez Azman
Sat Apr 11 2020

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan media pada Sabtu. - Gambar fail/BERNAMA

PM akui wujud keresahan kenaikan harga barang, MOF sedia tampung kesan kenaikan
MOF sedia menampung dan memberi bantuan tambahan bagi mengimbangkan kesan kenaikan harga barangan kepada rakyat.

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini, kata Maybank.

Mangsa banjir di Kedah meningkat ke 1,908 orang
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 PPS.

Rombakan Kabinet: "Saya terfikir... tapi tidak mendesak sangat" - PM Anwar
Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet ketika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Warga Indonesia maut insiden runtuhan struktur rumah
Kemalangan di tempat kerja itu berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Kementerian Kewangan akan pulangkan semula aset Tabung Haji - PM
Keputusan itu dibuat selepas MOF berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang semakin baik.
Pasaran Tempatan: Prestasi mingguan FBM KLCI
MIDF Research membawakan perkembangan terkini prestasi mingguan FBM KLCI setiap Jumaat.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 September
Bersama Niaga AWANI membawakan perkembangan terkini mengenai prestasi ringgit hari ini.
Peruntukan RM1.2 juta Dapur Asnaf MAINJ
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM1.2 juta dalam Program Dapur Asnaf tahun ini, bagi membantu 6,000 golongan asnaf seluruh Johor. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata inisiatif itu bertujuan meringankan bebanan kos bulanan berikutan kenaikan harga barangan ketika ini.
Wakaf pertanian Nasruddin Care ubah nasib asnaf
Konsep wakaf pertanian yang dilaksanakan Nasruddin Care telah berjaya mengubah hidup golongan asnaf ke tahap pendapatan sara diri yang lebih baik. Ikuti perkongsian berkenaan konsep wakaf tersebut yang dilaksanakan di Padawan, Sarawak.

Kepayahan Zaiton Sameon terus dapat perhatian, terima bantuan Prihatin MADANI
Keperitan hidup penyanyi popular era 1980-an Zaiton Sameon terus mendapat perhatian apabila menerima bantuan menerusi inisiatif Prihatin MADANI.

JKM akan segera selesaikan bantuan warga emas kepada Zaiton Sameon - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi veteran Zaiton Sameon yang mengalami gejala hilang ingatan sementara selepas terlibat dalam kemalangan sekitar 1990.

Gempa bumi Maghribi: Angka kematian kini melebihi 2,000
Kebanyakan mangsa berada di kawasan pergunungan yang terpencil menyebabkan bantuan sukar untuk sampai.

Banjir teruk landa Brazil, 21 maut
Ribuan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat becana alam yang disifatkan sebagai terburuk yang pernah melanda negeri itu.

Pesawat terhempas di Elmina: Kerajaan sedia ringankan beban waris - PM Anwar
Bantuan berkenaan akan melibatkan kesemua pihak, termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan.

PDRM gerak anggota bantu penugasan di negeri terlibat PRN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggerakkan pegawai dan anggotanya daripada beberapa kontinjen bagi penugasan dan membantu kelancaran proses pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Slovenia minta bantuan dari EU, NATO selepas kejadian banjir, tanah runtuh
Kejadian banjir itu sebagai bencana alam terburuk sejak tiga dekad yang lalu dan jumlah kerosakan dianggarkan melebihi AS$549 juta.

Dana amanah PBB bantu 43,000 mangsa penderaan seksual sejak 2016
Enam projek dengan kesan positif telah dilaksanakan di Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Haiti, Liberia dan Sudan Selatan.

Presiden Korea Selatan Yoon gesa bantuan segera untuk mangsa banjir
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad menggesa kerajaan bertindak pantas membantu mangsa yang dilanda hujan lebat baru-baru ini.

80 peratus daripada RM100 juta telah diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan
Sebanyak 80 peratus daripada jumlah peruntukan bernilai RM100 juta telah diagihkan kepada ketua isi rumah (KIR) yang terlibat banjir di Kelantan menerusi Program Agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI).