awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan lima ditangkap selepas menyamun

Bernama
Bernama
11/05/2016
07:00 MYT
Pelajar tingkatan lima ditangkap selepas menyamun
Mangsa mendakwa diacukan sebilah pisau manakala salah seorang suspek menuju ke tempat duduk penumpang lalu mengambil barangan miliknya. - Gambar hiasan
Seorang pelajar lelaki tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis selepas disyaki menyamun seorang wanita berusia 49 tahun di Taman Patani Jaya, di sini, kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang berada di dalam kereta menunggu rakannya membuka pintu rumah sebelum didatangi tiga lelaki menaiki dua motosikal.
"Mangsa mendakwa diacukan sebilah pisau manakala salah seorang suspek menuju ke tempat duduk penumpang lalu mengambil beg bimbit berisi dokumen dan buku resit serta satu telefon bimbit jenama Lenovo milik mangsa, sebelum suspek melarikan diri.
Rakan mangsa yang tiba kemudiannya menghubungi pasukan sukarela Skuad Bantuan Krisis MCA memaklumkan mengenai kejadian dan tidak lama kemudian mangsa dimaklumkan bahawa salah seorang suspek berjaya ditangkap tidak jauh dari situ," katanya kepada Bernama, hari ini.
Md Zukir berkata, mangsa kemudiannya ke lokasi suspek ditangkap dan mendapati barang miliknya ada bersama suspek lalu suspek kemudiannya diserahkan kepada polis.
"Siasatan lanjut mendapati pelajar berusia 17 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau bahkan siasatan awal juga mendapati ia tidak berkaitan dengan kumpulan kongsi gelap.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi menjejaki dua lagi suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#kes jenayah samun
#mangsa samun
#Md Zukir Md Isa
#PDRM
#remaja tingkatan lima menyamun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan