awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar UniMAP maut, rakan parah kenderaan terbabas

Bernama
Bernama
24/03/2024
08:40 MYT
Pelajar UniMAP maut, rakan parah kenderaan terbabas
Siasatan awal mendapati kenderaan dari arah Changlun menghala ke Kuala Perlis itu dipercayai terbabas sendiri. - Gambar hiasan
KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Jalan Changlun-Kuala Perlis berhampiran jejambat Pauh di Arau, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pelajar perempuan yang juga penumpang kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya seorang pelajar lelaki cedera parah dalam kejadian kira-kira 10 malam.
"Siasatan awal mendapati kenderaan dari arah Changlun menghala ke Kuala Perlis itu dipercayai terbabas sendiri. Semasa melalui selekoh berhampiran jejambat Pauh, Arau kereta ini dipercayai telah hilang kawalan ke kiri jalan.
"Sebelum melanggar tiang lampu JKR (Jabatan Kerja Raya) dan kemudian melanggar pokok di bahu kiri jalan sebelum berpusing ke tengah jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Mohsin berkata mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk proses bedah siasat dan pelajar lelaki yang cedera parah itu turut mendapatkan rawatan di hospital sama.
Sementara itu, UniMAP dalam kenyataan mengesahkan kedua-dua pelajar terbabit iaitu Fatin Atiqah Nordin, 22, yang maut dan Muhammad Ameer Afiq Husni, 22, yang cedera parah merupakan pelajar dari Fakulti Perniagaan dan Komunikasi (FPK).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#pelajar UniMAP
#Universiti Malaysia Perlis
#kereta terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan