awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon filem ditahan polis akibat dadah

Assim Hassan
Assim Hassan
07/02/2018
02:15 MYT
Pelakon filem ditahan polis akibat dadah
Pelakon lelaki itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah reman pagi ini. - REUTERS/Fail
Seorang pelakon filem 'KL Gangster' ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, malam tadi.
Pelakon itu yang berusia 48 tahun itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 11 malam.
Terdahulu, suspek yang juga berlakon dalam filem 'Man Laksa' itu dikatakan hadir ke balai polis berkenaan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan yang dibuat ke atasnya.
Pelakon lelaki itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah reman pagi ini.
Dia disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu.
Topic Berkaitan
#Dadah
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan