awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon pandu Myvi secara berbahaya, kekasih tercampak

Sinar Harian
Sinar Harian
28/12/2022
15:44 MYT
Pelakon pandu Myvi secara berbahaya, kekasih tercampak
Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan kemudiannya tular di media sosial. - Gambar/ Sinar Harian
AMPANG JAYA: Seorang pelakon diberkas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kekasihnya tercampak keluar dari kenderaan dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (Duke) di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan dan kemudiannya tular di media sosial.
"Siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek dengan tiba-tiba menukar lorong secara melulu.
"Perodua Myvi tersebut kemudiannya hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, impak pelanggaran tersebut mengakibatkan kekasih suspek yang merupakan wanita tempatan berumur 25 tahun itu tercampak keluar.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan.
"Siasatan juga mendapati berlaku pertengkaran di antara suspek dan mangsa ketika kejadian," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#polis tahan pelakon
#kekasih tercampak
#Tular
#mrr2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan