KUALA LUMPUR: Pemergian seniman Mazlan Tahir ke rahmahtullah pagi tadi disifatkan oleh ramai kenalannya bukan sahaja kehilangan besar pada dunia teater tanah air.
Sebaliknya, aktivis teater berjiwa besar itu akan terus dikenang sebagai seorang seniman yang sangat menjaga imannya sekalipun di dalam kesibukan memberi tumpuan pada dunia seni.
Bagi pelakon dan pensyarah, Norzizi Zulkifli, selama mengenali Mazlan, Allahyarham sentiasa mengingatkan anak-anak didik serta rakan-rakan pelakon mengenai kepentingan menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Kata Norzizi, Allahyarham Mazlan sudah seperti abang kandung kepadanya dan bapa kepada sebilangan besar penuntut di Fakulti Filem, Tetater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Allahyarham Mazlan merupakan pensyarah kanan di UiTM.
“Nasihat yang tidak pernah jemu arwah titipkan ialah jangan sesekali lalai mengerjakan solat. Kalau sudah bergelar pelakon ternama sekalipun, hubungan dengan Allah harus sentiasa dijaga setiap masa dan ketika.
“Demikian juga dalam memelihara adab, Allahyarham Mazlan selalu memberikan contoh yang baik buat orang-orang di sekelilingnya. Kami kehilangan seorang figura yang beriman dan memiliki keperibadian mulia,” kata Norzizi yang juga Ketua Pusat Pengajian Teater di UiTM kepada Astro AWANI.
Allahyarham Mazlan, 56, menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung sekitar pukul 10.30 pagi Khamis.
Sepanjang berdekad aktif dalam dunia teater, anak kelahiran Kuala Kubu Baru, Selangor itu telah membintangi banyak pementasan antaranya Lantai T. Pinkie, Ibu Zain, Anugerah Sirah Junjungan, Uda dan
Dara serta pernah muncul dalam filem Wayang.
Bagi pengarah, penulis skrip dan penerbit teater, Siti Rohayah Attan pula, persahabatan yang terjalin selama 30 tahun dengan Allahyarham Mazlan mendekatkannya dengan seorang seniman terbilang.
Sepanjang bekerjasama dalam pelbagai produksi teater, Allahyarham Mazlan, kata Siti Rohayah, amat menjaga keperibadiannya khususnya ketika bercakap atau semasa berkongsi pandangan dan buah fikiran.
“Lebih 30 tahun mengenalimu adalah hadiah terindah. Awak orang baik, Lan. Dunia seni dan UiTM kehilangan bintang ini. Damailah kau sahabat,” kata Siti Rohayah yang mula bersahabat dengan Allahyarham Mazlan semasa sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).
Pelakon dan penulis lirik tersohor, Che Kem turut berkongsi keperibadian Allahyarham Mazlan yang dirumuskan sebagai seorang seniman yang ramah dan berbudi bahasa.
Che Kem atau nama sebenarnya, Mohd Kamarulzaman Taib berkata, amat sukar untuk menerima hakikat pemergian sahabat yang memiliki keperibadian mulia itu.
“Kita kehilangan Allahyarham Mazlan Tahir, seorang pelakon, pengarah dan pendidik teater yang cukup dikenali.
“Saya pasti setiap yang mengenalinya mengagumi keramahan, budi bahasa dan lembut tutur katanya. Ternyata Allah maha mengetahui dan merencana riwayat insan. Sewaktu kita menginginkan kehadirannya, beliau dipanggil pulang.
“Al-Fatihah buatmu Abang Lan. Semoga tenang perjalananmu dan Allah membalas segala kebaikanmu,” tulis Che Kem di akaun Facebook peribadinya.
Sementara itu, antara anak seni yang terkesan dengan pemergian Allahyarham Mazlan ialah pelakon Azhan Rani.
Azhan menulis di media sosial betapa dia terlalu bersedih sebaik menerima khabar duka itu.
“Innalillahiwainnailahirojiun… baru saja dapat berita perginya insan yang sangat besar jasanya dalam perjalanan seniku ini. Dia adalah guru, pembimbing dan motivator yang aku sanjungi, aktivis dan pensyarah teater UiTM, Allahyarham Mazlan Tahir,” kata Azhan dalam hantarannya.
Jenazah Allahyarham Mazlan dijangka akan tiba di Masjid Al-Istiqamah Kayangan Height sekitar pukul 2 petang untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Subang.
Saharudin Musthafa
Thu Oct 21 2021
Dunia teater dan akademik kehilangan seniman berjiwa besar Mazlan Tahir yang meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat sakit jantung hari ini.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Pelakon teater, pensyarah Mazlan Tahir meninggal dunia
Seniman Mazlan Tahir meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat sakit jantung.