awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan 5G pacu sektor telekomunikasi dalam tempoh terdekat

Bernama
Bernama
02/01/2020
12:12 MYT
Pelaksanaan 5G pacu sektor telekomunikasi dalam tempoh terdekat
Sektor telekomunikasi dijangka meneruskan momentumnya, disokong oleh pengumuman terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai pelaksanaan perkhidmatan 5G. - Gambar hiasan
SEKTOR telekomunikasi dijangka meneruskan momentumnya, disokong oleh pengumuman terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai pelaksanaan perkhidmatan 5G.
Kenanga Research dalam makluman terkini mengenai sektor itu hari ini berkata SKMM sudah mengenal pasti bahawa pelaksanaan 5G nasional akan dibangunkan pada jalur (spektrum frekuensi) 700MHz, 3.5GHz dan 26/28GHz, dengan penawaran awal menggunakan dua jalur pertama, yang akan diurus oleh konsortium pelbagai pemegang lesen.
Menurut Kenanga, walaupun pengkomersialan 5G dijangka bermula seawal suku ketiga tahun ini, butiran maklumat mengenai aspek tertentu seperti harga komersial, perbelanjaan modal (capex) serta permintaan, belum diketahui.
"Kami menjangkakan pelabur akan menunggu perkembangan serta berita lanjut mengenainya termasuk tugasan seperti spektrum yang disebutkan di atas, selain hubungan lanjut atau kerjasama antara penggiat sedia ada," katanya.
Tender pusingan pertama Pelan Penyambungan Fiber Nasional (NFCP) dijadualkan bulan ini bagi pemasangan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan berasaskan teknologi 3G dan 4G di kawasan terpilih.
"Ini berfungsi untuk memenuhi salah satu objektif untuk mencapai kelajuan sambungan purata 30Mbps di 98 peratus dari kawasan penduduk menjelang 2023," katanya.
AmInvestment bagaimanapun kekal pesimis terhadap NFCP sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2023 disebabkan kos pelaksanaannya.
"Walaupun pendekatan prakmatik 5G oleh MCMC melegakan sektor ini, kami mengunjurkan kos infrastruktur dan rangkaian adalah tinggi, dan sama ada operator perkhidmatan boleh melepaskan kos itu kepada pengguna dan memperoleh pulangan yang mencukupi ke atas pelaburan," katanya.
Sementara itu, Public Investment Bank berkata pengumuman 5G oleh SKMM itu akan memacu pasaran dalam tempoh terdekat.
"Bagaimanapun, risiko capex yang tinggi dan permintaan rendah boleh menyeret sektor itu sehingga jangka sederhana. Kami mengekalkan saranan 'neutral' ke atas sektor ini," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#5G
#Malaysia
#MCMC
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan