PUTRAJAYA: Pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah bersandarkan kepada kepentingan ekonomi serta isu teknikal, dan bukannya bersandarkan kepada kepentingan politik, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata, keputusan untuk kembali ke jajaran asal, yang dinamakan sebagai jajaran ECRL 3.0, adalah untuk memaksimumkan kelebihan dari segi ekonomi dan teknikal bagi keseluruhan projek dan kesan limpahannya.
Menurutnya, jajaran ECRL 3.0 adalah untuk melengkapkan penubuhan hub kargo nasional di Serendah dan meningkatkan kecekapan perjalanan kargo bagi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan ECRL.
"Ini penting kerana 70 peratus hasil ECRL adalah dari pengangkutan kargo," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas terhadap satu penulisan yang dipaparkan di sebuah portal yang mendakwa pembinaan ECRL adalah bermotifkan politik.
Wee berkata hub kargo nasional itu adalah untuk membentuk ketersambungan rel dari Serendah ke koridor ekonomi dan pelabuhan di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Pelabuhan Penang, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Pelabuhan Kuantan; serta Iskandar Malaysia dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di selatan.
Beliau berkata penyambungan melalui jajaran asal ke Pelabuhan Klang dengan Westport dan Northport menawarkan laluan yang lebih baik untuk perdagangan antarabangsa dan menjadikan laluan yang lebih menarik untuk industri perniagaan berorientasikan eksport.
Menurutnya sambungan hingga ke laluan terakhir atau "last-mile" Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang di bawah ECRL 3.0 itu pula menjadikan kedua-dua lembah pantai lebih dekat dengan adanya "landbridge" yang memudahkan pemindahan barang.
Wee sebelum ini dilaporkan berkata projek ECRL yang dijangka siap pada 2026 itu telah mencapai kadar kemajuan sebanyak 20.37 peratus pada Januari 2021 berbanding dengan jadual asal iaitu 19.39 peratus.
Jajaran ECRL 3.0 juga dijangka meningkatkan pembangunan dan perbandaran baru serta memacu aktiviti kormersial di sekitar kawasan baru seperti Puncak Alam dan Kapar di mana kedua-kedua kawasan itu telah direka sebagai stesen masa hadapan ECRL.
Sementara itu, beliau berkata Jajaran Utara dijangka menarik sebanyak 26 juta tan kargo dan lima juta penumpang pada tahun pertama operasi, manakala Jajaran Selatan pula diramal menarik sejumlah sembilan juta tan kargo dan empat juta penumpang pada tahun pertama operasi.
"Oleh itu, Jajaran Utara diunjurkan memberi lebih ramai penumpang dan muatan kargo untuk ECRL apabila beroperasi semasa tahun pertama," katanya.
Wee juga berkata kerajaan tetap perlu meneruskan pembinaan 'Pintasan Serendah' walaupun Jajaran Selatan dibina, kerana laluan pintas tersebut dapat menyelesaikan dengan segera isu 'bottleneck' dan kesesakan perkhidmatan rel KTMB di sekitar Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
KA SIONG: Jajaran ECRL 3.0 adalah untuk melengkapkan penubuhan hub kargo nasional di Serendah dan meningkatkan kecekapan perjalanan kargo bagi KTMB dan ECRL. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tidak semua kawasan dilanda banjir berpunca daripada projek ECRL - MRL
Malaysia Rail Link menegaskan tidak semua kawasan dilanda banjir di sepanjang jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpunca daripada projek mega berkenaan.
MRL diminta periksa kawasan banjir jika disebabkan pembinaan ECRL - Loke
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta segera memeriksa kawasan banjir khususnya di Pantai Timur sekiranya bencana itu disebabkan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
MOT sedia teliti keperluan baik pulih jajaran perkhidmatan kereta api di Pantai Timur
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk meneliti keperluan membaik pulih dan kebolehlaksanaan jajaran perkhidmatan kereta api di pintu masuk utama Pantai Timur di Rantau Panjang-Pekan Golok.
Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.
Kad pengenalan sebagai mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) kepada Menteri Ekonomi pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
EV jadi kenderaan rasmi pemimpin ASEAN pada 2025 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN ketika menghadiri acara-acara kenegaraan.
Projek ECRL: 21 rumah terlibat banjir di Gombak dipindah, kos ditanggung MRL - Amirudin
Penghuni 21 rumah di Kampung Sungai Chinchin, Gombak yang terlibat dengan kejadian banjir susulan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dipindahkan sementara ke rumah sewa.
Pembinaan ECRL ikut jadual, tahap kemajuan 72 peratus - Anthony
Kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur, telah mencapai 72.93 peratus setakat September.