KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Ekonomi MADANI tidak akan melibatkan sebarang penambahan perbelanjaan tahun ini, dan masih berdasarkan perbelanjaan kerajaan seperti yang ditetapkan dalam Belanjawan 2023, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
"Kita perlu berbelanja mengikut (peruntukan) yang diluluskan oleh Parlimen, kita tidak boleh pandai-pandai berbelanja, ada beberapa cara (yang boleh digunakan)," katanya kepada pemberita pada Persidangan Percukaian Kebangsaan 2023 di sini, pada Selasa.
Beliau berkata contohnya, kerajaan boleh menyusun semula keutamaan dari segi belanjawan yang telah diluluskan untuk projek atau kementerian tertentu.
"Kita boleh subwaran untuk dibelanjakan, kita boleh beri keutamaan serta alih dan susun balik. Jadi, kerajaan boleh berbelanja lebih dalam bidang yang dirasakan cukup penting untuk merealisasikan Ekonomi MADANI tanpa kita melepasi had belanjawan yang ditetapkan," katanya.
Inisiatif Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Julai lepas, bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia dan dijangka membawa limpahan hasil bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.
Pada 5 April 2023, Persidangan Dewan Negara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) untuk perbelanjaan berjumlah RM388.10 bilion, iaitu RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion sebagai simpanan luar jangka.
Selain itu, Rafizi berkata kerajaan optimistik bahawa sasaran pengurangan defisit fiskal negara kepada lima peratus mampu dicapai.
Kerajaan menyasarkan defisit fiskal 2023 dikurangkan kepada 5.0 peratus berbanding dengan 5.6 peratus tahun lepas di samping bertekad untuk mencapai tahap defisit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana dengan sasaran 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
RAFIZI: Kita perlu berbelanja mengikut (peruntukan) yang diluluskan oleh Parlimen, kita tidak boleh pandai-pandai berbelanja, ada beberapa cara (yang boleh digunakan). -Gambar fail/Bernama
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.