awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
25/03/2024
00:00 MYT
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Empat rang undang-undang akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelan tindakan alternatif untuk meningkatkan akses jalur lebar supaya sampai ke kawasan luar bandar dan jaminan kerajaan untuk memastikan barangan keperluan bersubsidi kembali pulih antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Pada sesi sama, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan mengenai jaminan kerajaan untuk memastikan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, minyak peket dan beras tempatan kembali pulih seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.
Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) pula mahu Menteri Pertahanan menyatakan senarai terperinci langkah yang telah dilaksanakan seperti digariskan di bawah Kertas Putih Pertahanan dari 2019 hingga 2023.
Sementara itu, empat rang undang-undang akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama.
Rang undang-undang itu adalah Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024, Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2024.
Persidangan hari ini juga akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023, selain Rang Undang-Undang Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 yang turut tersenarai untuk bacaan kali kedua.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Rang Undang-Undang
#Parlimen
#perbahasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan