awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan catuan air peringkat pertama, ketiga, keempat diteruskan

Bernama
Bernama
16/04/2014
00:25 MYT
Pelan catuan air peringkat pertama, ketiga, keempat diteruskan
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) masih meneruskan pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat seperti diputuskan kerajaan negeri Selangor dan diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata sehingga kini, kesemua pelan itu dilaksana dengan lancar mengikut jadual.
Beliau berkata Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 masih tidak beroperasi sejak ditutup semula, Isnin apabila paras ammonia terus melepasi tahap yang dibenar Kementerian Kesihatan.
"SYABAS telah dimaklumkan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, iaitu syarikat operator loji rawatan air tersebut, bahawa melalui pemantauan mereka kandungan ammonia dalam Sungai Langat masih di tahap tinggi," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Pelan catuan air peringkat pertama membabitkan beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang manakala peringkat ketiga ialah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Kawasan yang terlibat bagi peringkat keempat pula ialah Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.
Sehubungan itu, SYABAS meminta pengguna berjimat cermat dalam penggunaan air selain tidak melakukan perkara terlarang seperti merosakkan sistem paip agihan untuk mendapat bekalan.
Untuk maklumat berhubung senarai kawasan dan jadual catuan, sila layari laman sesawang www.syabas.com.my
Topic Berkaitan
#air
#catuan
#priscilla alfred
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan