Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan RM452.8 juta bagi membantu usahawan terjejas melalui pelan pemulihan operasi perniagaan bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawanan.
Ia dijangka bakal memberi manfaat kepada lebih 21,847 penerima merangkumi usahawan mikro, perusahaan kecil dan sederhana, usahawan sosial, pemula niaga dan koperasi.
Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan berkata MEDAC telah membentangkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Mei lepas.
“Pelan Pemulihan itu menggariskan enam strategi utama bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawanan, memulihkan operasi perniagaan usahawan dalam tempoh segera dan memastikan usahawan kekal berdaya saing dan mampan.
“Ia mengandungi 30 program yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021,” jelas beliau.
Menerusi fasa pertama, sejumlah RM230.1 juta peruntukan diperlukan di mana RM175.79 juta adalah bagi melaksanakan enam program baharu dan 10 program sedia ada yang akan menggunakan peruntukan sedia ada MEDAC dan agensi-agensinya.
Selain itu, sejumlah RM54.31 juta peruntukan tambahan diperlukan bagi melaksanakan 14 program baharu.
Menerusi fasa kedua pula, sejumlah RM222.69 juta peruntukan diperlukan merangkumi 19 program baharu dan 11 program sedia ada,kata beliau.
Menurut Wan Junaidi, permohonan peruntukan itu telah dikemukakan MEDAC dan agensi-agensi di bawahnya kepada Unit Perancang Ekonomi melalui permohonan peruntukan di bawah tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
MEDAC pada masa sama juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dalam pembangunan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca COVID-19.
“MEDAC merupakan ahli dalam Kumpulan Kerja ‘SME Recovery Support’ dengan tumpuan kepada strategi dan inisiatif jangka pendek dan sederhana bagi memulihkan usahawan yang terjejas dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Selain itu, beliau berkata pada 8 Mei 2020 MEDAC juga telah mengemukakan cadangan program keusahawanan 'Pelan Restart' dengan jumlah peruntukan sebanyak RM261.21 juta.
“Inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan bagi memastikan rakyat khususnya golongan usahawan sentiasa mendapat sokongan daripada MEDAC supaya urusan perniagaan mereka dapat beroperasi seperti biasa ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di seluruh negara,” katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed May 27 2020
Ia mengandungi 30 program yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021. - Foto BERNAMA
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Kerajaan cadang Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Beliau berkata, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Strategi Singapura sesuai diadaptasi di Malaysia untuk pulihara keadaan pokok - Pakar
Usaha konservasi pokok warisan menerusi Heritage Tree Scheme yang dilaksanakan Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) boleh dijadikan contoh.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah lori
Seorang suspek perampas lori telah ditahan pada malam isnin selepas dikejar polis dalam keadaan berbahaya melalui beberapa jalan di lima, ibu negara peru.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Peralihan teraju kepimpinan Singapura malam ini
Upacara angkat sumpah perdana menteri keempat Singapura itu akan berlangsung pada 8 malam ini di Istana.
Nakba: 76 tahun pembantaian zionis Israel di Palestin
Perpindahan besar-besaran penduduk Palestin yang pertama berlaku pada 1948, dikenali sebagai Nakba, atau 'malapetaka' dalam bahasa Arab.
Pertemuan PM Anwar dan Hamas timbul resah Barat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pertemuan beliau dengan pemimpin tertinggi Hamas pada Selasa berkemungkinan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan-rakan Malaysia khususnya dari Barat.
50 trak bantuan yang memasuki Gaza pada Ahad "hampir tidak cukup".
Itu yang dikatakan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Vaden Patel pada Selasa dimana beliau percaya masih lebih banyak yang perlu dilakukan untuk melancarkan proses aliran bantuan ke dalam Gaza.
Genap 76 tahun Nakba, saksi pembantaian kejam Israel
15 Mei, menandakan genap 76 tahun, tanah rakyat Palestin telah dirampas secara ganas dan dipindahkan secara paksa di tangan peneroka haram Yahudi, tentera zionis Israel.
Pelan pemulihan: MEDAC peruntuk RM452.8 juta bantu usahawan - Wan Junaidi
Ia mengandungi 30 program yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021.