awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Pemulihan Negara: Indikator setiap fasa peluang tingkatkan vaksinasi - Dr Jemilah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/06/2021
08:26 MYT
Pelan Pemulihan Negara: Indikator setiap fasa peluang tingkatkan vaksinasi - Dr Jemilah
Dr Jemilah berkata, pemberian vaksinasi juga disifatkan penting dalam mengekang ancaman varian Beta dan Delta - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Indikator-indikator yang ditetapkan di setiap fasa Pelan Pemulihan Negara (PNN) merupakan peluang terbaik untuk kerajaan meningkatkan kadar pemberian vaksinasi.
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, petunjuk itu menjadi titik tolak kepada peralihan fasa, sekali gus membantu negara keluar daripada krisis kesihatan.
Peralihan Fasa 1 PNN adalah kes harian COVID-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap sederhana; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.
"Dengan adanya vaksin yang akan sampai pada bulan Julai, saya yakin kadar vaksinasi akan meningkat.
"Jadi, Insya-Allah, jika rakyat Malaysia bersatu dan mendapatkan vaksinasi, kita dapat mencapai 10 peratus secepat mungkin," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Jemilah berkata, pemberian vaksinasi juga disifatkan penting dalam mengekang ancaman varian Beta dan Delta.
Mengenai keperluan untuk suntikan ketiga vaksin (booster) pula, beliau berkata, Malaysia sedang melihat kepada bukti saintifik termasuk dari negara yang telah melakukan perkara tersebut.
"Selain itu, kadar perlindungan atau tahap antibodi dan imuniti juga dilihat.
"Kalau kata kita tahu dalam sesuatu jangka masa itu (kadar) imuniti menurun, kita harus melihat kepada booster dan juga kalau kita lihat ada negara yang sedang mempertimbangkan pengambilan booster, dan kalau mereka mulakan dan ada cukup bukti, kita boleh ikut," katanya.
Topic Berkaitan
#ICU
#Perdana Menteri
#COVID-19
#program vaksinasi
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
#varian Beta
#Varian Delta
#Tan Sri Dr Jemilah Mahmood
#PKP 3 0
#MCO 3 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan